Anda di sini

NGO turut sama terima manfaat bantuan PRIHATIN

Advertisement
__alt__

KOTA KINABALU: Borneo Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), antara badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif di Sabah, turut terkesan akibat COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC Dr Wong Siew Te berkata, BSBCC adalah NGO yang menjadi pusat pemulihan untuk spesies beruang madu sejak 2014.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 45 beruang madu ditempatkan di pusat berkenanaan dan kos penjagaan spesies berkenaan banyak bergantung kepada bayaran kemasukan daripada pelancong khususnya dari luar negara.

"BSBCC masih berdepan dengan kesukaran dengan hanya menerima sekitar lima peratus pengunjung berbanding sebelum PKP walaupun pelancongan domestik mula dibuka.

 Wong (tengah) dan pekerja BSBCC menghargai inisiatif Kerajaan Perikatan Nasional.
GEMBIRA: Wong (tengah) dan pekerja BSBCC menghargai inisiatif Kerajaan Perikatan Nasional.

"Kami tidak dapat membayar gaji pekerja dan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (PRIHATIN), kami mendapat sebanyak RM32,400 untuk 27 pekerja yang layak dengan purata gaji berjumlah RM1,200 setiap orang bagi tempoh Mac hingga Jun.

"Bagi tempoh Julai hingga September, kami menerima bantuan berjumlah RM16,200 untuk menanggung bayaran gaji sebanyak RM600 bagi setiap pekerja," katanya.

Sehubungan itu jelasnya, bantuan PRIHATIN sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung untuk membiayai pembayaran gaji pekerja.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin

PRIHATIN bantu peniaga PKS bertahan dalam situasi sukar

KOTA KINABALU: Kesukaran golongan peniaga industri kecil dan sederhana (PKS) dalam berdepan pandemik COVID-19 berjaya ditangani dengan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (PRIHATIN).

FRANKLIN
FRANKLIN

Bagi kontraktor Franklin Lim Tiam Yang, 27, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 memberi kesan terhadap pendapatan syarikat yang dijalankan sejak 2015.

"Menerusi bantuan dana mikro PRIHATIN, saya menerima sebanyak RM50,000 dan ia membantu peniaga membayar kos yang tertunggak serta memberi suntikan modal bagi projek baharu yang akan dilaksanakan.

"Sebagai peniaga kecil, pandemik ini memberi kesan terutama kepada aliran tunai syarikat sepanjang tempoh PKP yang mana pendapatan syarikat agak merosot terutama kebajikan pekerja dan kos operasi syarikat," katanya.

Franklim berkata, bantuan PRIHATIN bukan sahaja membantu syarikat mengekalkan pekerja tanpa perlu dibuang malah membantu mereka menyara kehidupan tanpa kehilangan sumber pendapatan.

__alt__

Manfaat PRIHATIN amat tinggi nilainya

KOTA KINABALU: Bagi pemilik syarikat 43 Shop Michael Lo Vun Leong, 45, yang menjalankan perniagaan pengangkutan barang sejak 2016, pemberian bantuan PRIHATIN sememangnya tepat pada masanya.

Katanya, dalam situasi sukar akibat pandemik COVID-19, pihaknya banyak mengalami kerugian kerana tidak dapat menjalankan operasi perniagaan seperti biasa.

Pada masa sama, beliau terpaksa menanggung pembiayaan gaji pekerja seramai 18 orang. Justeru, bantuan PRIHATIN yang diterimanya sebanyak RM60,000 sangat bermakna untuk meneruskan operasi perniagaannya.

 Syarikat yang diusahakan Michael berjaya terus beroperasi hasil bantuan Kerajaan Perikatan Nasional.
TERIMA MANFAAT: Syarikat yang diusahakan Michael berjaya terus beroperasi hasil bantuan Kerajaan Perikatan Nasional.

"Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai bantuan ini, tanpa melengahkan masa saya terus membuat permohonan di Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Dalam tempoh dua minggu, saya mendapat berita gembira mengenai kelulusan permohonan ini dan selepas itu tidak sampai sebulan, saya menerima bantuan PRIHATIN berjumlah RM60,000," katanya.

Beliau berkata, selain dapat membayar gaji kesemua pekerja, baki dari bantuan itu juga dapat digunakan untuk membeli sebuah lori terpakai.

Advertisement