Anda di sini

Menteri ekonomi Perancis umum positif COVID-19

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan Bruno Le Maire yang kelmarin mengumumkan beliau didapati positif COVID-19. — Gambar AFP
POSITIF: Gambar fail menunjukkan Bruno Le Maire yang kelmarin mengumumkan beliau didapati positif COVID-19. — Gambar AFP

PARIS: Menteri Ekonomi Perancis Bruno Le Maire mengumumkan kelmarin bahawa beliau telah didapati sebagai positif COVID-19 namun berkata beliau tidak mempunyai simptom dan sedang bekerja dari rumah ketika kes meningkat semula di Perancis.

Le Maire, yang bertanggungjawab bagi memulihkan semula ekonomi Perancis yang dijejas oleh pandemik selama beberapa bulan, bukan anggota pertama dari kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron yang telah didiagnos dengan pe-nyakit tersebut.

“Saya telah didapati positif bagi COVID-19 pada petang tadi. Saya dengan segera meletakkan diri saya dalam pengasingan di rumah sejajar dengan peraturan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan,” kata Le Maire dalam satu kenyataan Twitter.

“Saya tidak mempunyai sebarang simptom. Saya akan terus berada dalam kuarantin selama tujuh hari. Saya masih akan terus melakukan tugas-tugas saya,” kata menteri berusia 51 tahun itu.

Pada 9 Mac, bekas menteri kebudayaan dan menteri bagi perdagangan dalaman sekarang, Franck Riester telah didiagnos sebagai positif COVID-19.

Setiausaha negara bagi peralihan ekologi pada masa itu, Brune Poirson dan Emmanuelle Wargon, turut didapati sebagai positif dengan penyakit itu pada dua minggu kemudian.

Pada awal September, Perdana Menteri Jean Castex telah meletakkan dirinya dalam kuarantin di pejabatnya di Matignon kerana beliau mempunyai kontak dengan pengarah bagi perlumbaan berbasikal Tour de France, Christian Prudhomme, yang telah dijangkiti.

Namun perdana menteri itu menamatkan kuarantinnya pada minggu lepas, selepas satu keputusan negatif ketika saringan keduannya.

Agensi kesihatan awam di negara ini mengumumkan sebelum itu bahawa Perancis telah merekodkan 13,215 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam – satu rekod harian yang baharu sejak kempen saringan yang meluas dilancarkan – dan 123 kematian.

Jumlah kematian telah meningkat bagi kali pertama sejak tamatnya perintah kawalan pergerakan pada Mei lepas. — AFP

Advertisement