Anda di sini

Lelaki warga emas cari sayur dijumpai mati

Advertisement
Mayat warga emas yang dijumpai di dalam semak berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba hari ini.
Mayat warga emas yang dijumpai di dalam semak berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba hari ini.

Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari sayur di semak berhampiran Jalan Padang Kerbau dijumpai meninggal dunia, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Law Poh Kiong berkata mangsa, Razaniee Tali, 72, dijumpai pada pukul 11.10 pagi pada jarak 150 meter.

"Mangsa berjaya dijumpai dalam jarak kira-kira 150 meter dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh unit anjin pengesan K9 PDRM bersama anggota bomba," katanya dalam satu kenyataan.

Kehilangan mangsa dilaporkan oleh anaknya selepas warga emas berkenaan tidak pulang ke rumah di Kampung Wireless selepas keluar mencari sayur pada sebelah pagi Sabtu.

Anak mangsa memberitahu bahawa bapanya kebiasaannya akan balik ke rumah pada sebelah tengahari selepas mencari sayur.

Namun sehingga jam 5 petang Sabtu, mangsa disedari masih belum pulang ke rumah dan anak mangsa berusaha mencari bapanya di lokasi yang sering dituju untuk mencari sayur.

Bagaimanapun, anak mangsa hanya menemui topi dan sayur yang ditinggalkan ditepi semak.

Terdahulu, Pusat Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya memberitahu telah menerima panggilan daripada Balai Polis Pusat Miri kira-kira jam 11.25 malam Sabtu.

Operasi mencari mangsa diteruskan hari ini atas persetujuan bersama keluarga mangsa selepas ditangguhkan malam Sabtu membabitkan anggota PDRM dan bomba serta ahli keluarga mangsa.

  • oleh
  • Advertisement