Anda di sini

Lelaki panjat bangunan tertinggi di Paris diberkas

Advertisement
 Seorang lelaki kelihatan memanjat bangunan Tour Montparnasse, di Paris sebelum ditangkap. — Gambar AFP
BERANI: Seorang lelaki kelihatan memanjat bangunan Tour Montparnasse, di Paris sebelum ditangkap. — Gambar AFP

PARIS: Seorang lelaki ditangkap kelmarin kerana memanjat bahagian hadapan Tour Montparnasse, bangunan tertinggi di Paris, menurut sumber polis.

Pendaki yang tidak di-nyatakan namanya, tidak menggunakan abah-abah atau peralatan sampingan, telah ditahan sebaik sahaja dia sampai ke atas bangunan pejabat setinggi 210 meter, tambah sumber tersebut.

Dia mula memanjat pada awal petang dan ditangkap pada jam 8 malam selepas seorang pekerja penyelamat turun dengan seutas tali dan mengiringinya se-hingga ke bumbung menara tersebut.

Ia bukannya kali pertama seorang pendaki telah menawan Tour Montparnasse.

Pada 2015 “Spiderman” Perancis, Alain Robert berjaya menamatkan aksi berani sambil memegang bendera Nepal, sebagai penghormatan kepada mangsa dalam bencana gempa bumi teruk di negara tersebut.

Bangunan Tour Montparnasse tidak setinggi Menara Eiffel yang terkenal namun masih merupakan satu-satunya menara pencakar langit di pusat ibu kota Paris. — AFP

Advertisement