Anda di sini

Dua polis Colombia didakwa membunuh

Advertisement
 Penunjuk perasaan membawa sepanduk yang berbunyi ‘Apabila kematian wujud, memori menentang’ dan ‘Kematian di negara saya menyakitkan saya’ semasa protes terhadap kekejaman polis di Medellin, Colombia pada 14 September lepas. — Gambar AFP
PROTES: Penunjuk perasaan membawa sepanduk yang berbunyi ‘Apabila kematian wujud, memori menentang’ dan ‘Kematian di negara saya menyakitkan saya’ semasa protes terhadap kekejaman polis di Medellin, Colombia pada 14 September lepas. — Gambar AFP

BOGOTA: Pendakwa raya Colombia kelmarin mendakwa dua anggota polis atas tuduhan penyeksaan dan homisid berat selepas kematian seorang lelaki dalam tahanan mencetuskan rusuhan ganas di ibu negara dan bandar-bandar lain.

Dua anggota polis itu terlibat dalam penahanan Javier Ordonez, yang ditembak dengan senjata taser berulang-ulang kali sebelum meninggal dunia kemudian dalam tahanan, telah didakwa dengan “penyeksaan dan homisid berat,” kata pegawai di pejabat pendakwa raya Francisco Barbosa.

Lima anggota polis lain sudah diletakkan di bawah siasatan bagi kes tersebut.

Seramai 13 orang terkorban dalam rusuhan tersebut, kebanyakannya akibat kece-deraan terkena tembakan, menurut datuk bandar haluan kiri Bogota,  Claudia Lopez, yang menuduh polis menembak penunjuk perasaan.

Kemarahan orang awam telah berpunca dari satu rakaman video menunjukkan Ordonez merayu kepada polis ketika beliau terbaring di atas tanah setelah ditembak de-ngan taser beberapa kali.

Seorang peguam bagi keluarga mangsa mendakwa jurutera berusia 43 tahun itu meninggal dunia kemudian di sebuah balai polis, selepas dipukul dengan kejam.

Rusuhan yang turut melanda bandar-bandar se-perti Medellin dan Cali telah mencederakan lebih 500 orang, termasuk 285 warga awam dan 315 anggota polis. — AFP

Advertisement