Anda di sini

Wolves kecundang dibenam Stoke

Advertisement
 Silva (tengah) ketika cuba melakukan jaringan gol namun tersasar pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Wolverhampton Wanderers dan Stoke City di stadium Molineux Wolverhampton, England  kelmarin. — Gambar AFP
TERSASAR: Silva (tengah) ketika cuba melakukan jaringan gol namun tersasar pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Wolverhampton Wanderers dan Stoke City di stadium Molineux Wolverhampton, England kelmarin. — Gambar AFP

LONDON: Kelab Liga Kejuaraan Stoke menyingkirkan Wolves dari Piala Liga kelmarin yang menyaksikan pemain rekod kelab dalam pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu Fabio Silva membuat penampilan sulung yang buruk dalam kekalahan 1-0.

Pemain berusia 18 tahun itu, yang berharga 40 juta euro (RM200 juta euro) dari Porto walaupun menjaringkan hanya tiga gol sahaja untuk kelab gergasi Portugis itu, mensia-siakan peluang keemasan untuk membuka jaringan pada separuh masa kedua.

Tetapi pemain gantian Stoke, Jacob Brown, menjaringkan gol kemenangan empat minit sebelum tamat untuk mengejutkan pasukan kuat Wolves yang dipilih oleh Nuno Espirito Santo.

Burnley pula menewaskan Sheffield United 5-4 menerusi penentuan tendangan penalti selepas perlawanan seluruh EPL berakhir 1-1.

Jaringan awal David McGoldrick bagi pasukan pelawat dipadamkan oleh Matej Vydra pada pertengahan babak kedua.

Pemain antarabangsa England Nick Pope kemudian merebahkan badan untuk menyelamatkan tendangan penalti Oli McBurnie dan Burnley ternyata tajam dalam penentuan tendangan penalti, dengan menyempurnakan kelima-lima cubaan mereka.

Brighton menang 4-0 ke atas Portsmouth selepas Alexis Mac Allister, Alireza Jahanbakhsh, Bernardo dan Victor Gyokeres menemui sasaran. — AFP

Advertisement