Anda di sini

WARISAN cadang empat projek pembangunan di DUN Tanjung Aru

Advertisement
 Junz Wong (tiga kanan) bersama (dari kiri) Abd. Rahman, Ag. Buntar Jair, Roslan Maksum, Nic dan Dewi (kanan).
ALBUM: Junz Wong (tiga kanan) bersama (dari kiri) Abd. Rahman, Ag. Buntar Jair, Roslan Maksum, Nic dan Dewi (kanan).

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) mencadangkan empat projek-projek pembangunan akan dilaksanakan di DUN Tanjung Aru sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini.

Calon WARISAN DUN N.22 Tanjung Aru Datuk Junz Wong berkata, WARISAN mencadangkan agar Terminal 2 KKIA akan dibangunkan semula sebagai Hab Logistik Udara Our Farm (Air Asia).

 

"Dengan ini hasil para petani dan nelayan boleh dikumpul di sini, sebelum dieksport ke pasaran-pasaran luar seperti ke Semenanjung Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Jepun.

Katanya, sebelum ini satu kerjasama antara Kerajaan Sabah bersama Our Farm, iaitu anak syarikat Air Asia telah terjalin sejak bulan Mei lalu.

 Junz Wong ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Santai Bermesra Sama Pemimpin yang di Pangsapuri Tanjung Aru pada Jumaat malam.
BERSEMANGAT: Junz Wong ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Santai Bermesra Sama Pemimpin di Pangsapuri Tanjung Aru pada Jumaat malam.

Junz berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Santai Bermesra Sama Pemimpin yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Pangsapuri Tanjung Aru pada Jumaat malam.

Menurut Junz, di samping itu dalam meningkatkan ekonomi penduduknya, WARISAN mencadangkan beberapa projek-projek kecil seperti pembukaan Pasar Malam, untuk meningkatkan pendapatan dan menaik taraf ekonomi penduduk di Tanjung Aru.

"Setakat ini, Pasar Malam Pekan di Pekan Tanjung Aru dan sebelah Pantai Tanjung Aru telah mula dilaksanakan," katanya.

Manakala untuk penghuni Pangsapuri Tanjung Aru pula, WARISAN mencadangkan agar Pangsapuri LPPB Tanjung Aru dibangunkan semula untuk keselesaan penduduk di kawasan ini.

Katanya, kadar sewa juga cadang akan diturunkan daripada RM170.00 pada ketika ini kepada RM150.00.

"Dan yang akhir sekali kawasan Pantai Tanjung Aru akan kekal dimiliki oleh orang awam," jelasnya.

 Sebahagian penghuni Pangsapuri Tanjung Aru yang hadir sempena malis itu.
SOKONGAN: Sebahagian penghuni Pangsapuri Tanjung Aru yang hadir sempena malis itu.

Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Nic Shak, Pengerusi JKDB Pangsapuri Tg. Aru Abd Rahman Abd Samad, Timbalan Ketua Bahagian WARISAN P. 173 Putatan Roslan Maksum bersama barisan Jawatankuasa JKDB Pangsapuri Tg. Aru.

Penyandang kerusi DUN Tanjung Aru itu berharap pengundi di kawasan ini akan terus memberikan mandat kepadanya terutama kepada Kerajaan WARISAN.

  • oleh
  • Advertisement