Anda di sini

Swinburne Sarawak anjur webinar ‘Journey Towards The Cloud with Swinburne and AWS

Advertisement
 Swinburne Sarawak dilengkapi dengan makmal komputer yang mempunyai peralatan bernilai hampir setengah juta.
LENGKAP: Swinburne Sarawak dilengkapi dengan makmal komputer yang mempunyai peralatan bernilai hampir setengah juta.

KUCHING: Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Swinburne University of Tchnology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) baru-baru ini telah menganjurkan webinar ‘Journey Towards The Cloud with Swinburne and AWS’ yang mengetengahkan topik mengenai Pengkomputeran Awan atau ‘Cloud Computing’ dan bagaimana ia mempengaruhi dunia masa kini.

Lebih 100 peserta menyertai webinar tersebut yang dihadiri barisan penceramah seperti Ketua Solutions Architecture daripada AWS Malaysia Sdn Bhd dan Sasha Jensen, Ketua Global Talent Acquisition daripada Sourced Group.

Turut dijemput sebagai penceramah adalah Ketua Sekolah ICT dan Pengarah Centre for Digital Futures Swinburne Profesor Patrick Then dan pensyarah Sekolah ICT Swinburne Dr Brian Loh.

Dalam pembentangan beliau, Sasha bercakap tentang topik ‘Trends and Career Pathways in the Cloud Industry’ di mana beliau berkongsi mengenai evolusi global dalam industri pengkomputeran awan sejak 10 tahun lepas.

Di samping itu, beliau turut bercakap tentang trend terkini, kemahiran penting dan peluang pekerjaan yang luas dan serba baharu dalam bidang pengkomputeran awan.

Kegunaan platform pengkomputeran awan dilihat di mana para peniaga berjaya mengalihkan operasi mereka dari premis sedia ada ke fasiliti awan terpencil.

Namun begitu, di sesetengah rantau seperti Asia Selatan dan Asia Tenggara, tidak ramai yang mempunyai kemahiran penting dalam pengkomputeran awan.

Di Swinburne Sarawak, universiti itu komited dalam usaha menawarkan kursus pengkomputeran awan di pelbagai peringkat.

Dengan Bacelor Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Informasi, kursus pengkomputeran awan yang ditawar melalui AWS Academy akan melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran penting yang selaras dengan kehendak industri.

“Pelajar akan didedahkan kepada senario sebenar di mana pengkomputeran awan digunakan dan diajar bagaimana mereka seni bina awan untuk memenuhi kehendak industri,” kata Patrick.

Mengulas lebih lanjut tentang kursus pengkomputeran awan di Swinburne Sarawak, Brian yang juga merupakan pengajar bertauliah di AWS Academy berkata kursus itu sentiasa dikemas kini untuk memastikan pengalaman pembelajaran pelajar adalah relevan dan premium.

Jelasnya suasana pengajian dan kandungan yang didapati dalam kursus tersebut menyediakan peluang terbaik untuk pelajar mencapai kelayakan dalam bidang itu.

 Swinburne Sarawak kini menawarkan program Mula Dengan Bayaran Sifar atau ‘Start With Zero Fees’ untuk semua pelajar baharu.

Program eksklusif hanya untuk pengambilan Oktober 2020 ini melayakkan pelajar menjalani kelas percubaan percuma selama dua minggu di kampus Sarawak di mana pelajar berpeluang mengadaptasi diri dan melalui pengalaman pengajaran dan pembelajaran Swinburne.

Kelas untuk program pra-universiti dan sarjana muda akan berlangsung masing-masing pada 5 dan 12 Oktober. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus, biasiswa, pendaftaran dan sebagainya, hantarkan e-mel kepada [email protected].

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www.swinburne.edu.my, laman Facebook (@swinburnesarawak), Instagram (@swinburnesarawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

Advertisement