Anda di sini

Sagah terkejut anggur dan strawberi subur di Sibu

Advertisement
 Sagah (dua kanan) melihat pokok strawberi dan anggur ditunjukkan Sijah (kanan) di Sibu.
TINJAU: Sagah (dua kanan) melihat pokok strawberi dan anggur ditunjukkan Sijah (kanan) di Sibu.

SIBU: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguan Wilayah Datuk Roland Sagah berkesempatan melawat bandar Sibu sempena Hari Malaysia, Rabu lalu.

Beliau diiringi Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Ronald Ripid dan pegawai-pegawainya termasuk pegawai Jabatan Pertanian Bahagian Sibu melawat kedai kraf tangan milik Tuai Rumah Sijah Ejut di sini.

Tuai Rumah Sijah merupakan salah seorang peserta Industri Asas Tani (IAT) anjuran Jabatan Pertanian Sibu.

Semasa lawatan, Sagah tertarik bukan hanya melihat produk kraf tangan dihasilkan sendiri di kedai tetapi beliau sangat tertarik dengan tanaman pokok anggur dan strawberi diusahakan pasangan suami isteri, Peter Aaron dan Sijah.

Anggur dan strawberi kebiasaannya hanya hidup subur di kawasan tanah tinggi dan bersuhu dingin.

Sebab itu, beliau agak terkejut juga pokok-pokok itu dapat hidup di kawasan tanah rendah dan bersuhu panas seperti di Sibu.

Sagah berkata, beliau akan membantu mempertingkatkan projek penananam anggur dan strawberi dan berharap usaha itu berjaya.

“Di mana suatu hari nanti ia dapat menjadi daya tarikan pelancong ke Sibu yang ingin melihat secara lebih dekat.

“Semoga suatu hari nanti, Sibu menjadi tempat pengeluaran buah dan anak-anak pokok pertama buah tersebut,” katanya.

Advertisement