Anda di sini

Rumah penyandang ADUN Labuk musnah terbakar

Advertisement
 Kediaman penyandang ADUN Labuk musnah terbakar.
TERBAKAR: Kediaman penyandang ADUN Labuk musnah terbakar.

BELURAN: Rumah penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk Abdul Rahman Kongkawang musnah terbakar di Kampung Muanad 3, petang semalam.

Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Borneo berkata, kejadian kebakaran itu berlaku berlaku lebih kurang jam 1 petang.

"Masa kejadian itu berlaku, isteri, dua anak perempuan, menantu, sepupu dan dua cucu berada di rumah. Saya bersyukur semua keluarga selamat," katanya.

Beliau yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sabah di DUN Labuk kali ini berkata, api bermula dari bahagian dapur rumah tetapi pada masa itu tiada juga memasak kerana baru sahaja keluarganya siap makan tengahari.

Abdul Rahman ketika itu berada di pejabat melayani tetamu yang datang selepas berkempen dari rumah ke rumah bertemu pengundi.

"Dalam keadaan sehelai sepinggang kini, anak-anak serta cucu akan ke bandar Sandakan bagi membeli barang keperluan dan akan menetap sementara di kediaman ibu yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya.

Turut terbakar dalam kejadian itu sebuah kereta milik anaknya yang berada di tempat letak kereta hadapan rumah berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement