Anda di sini

Ratusan penduduk Israel membantah sekatan pergerakan kedua COVID-19

Advertisement
 Seorang wanita Israel menyembur cat untuk menulis perkataan ‘LIAR’ (penipu) di kain rentang semasa demonstrasi                terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan bagi menangani peningkatan dalam kes COVID-19 di Tel Aviv kelmarin. — Gambar AFP
PENIPU: Seorang wanita Israel menyembur cat untuk menulis perkataan ‘LIAR’ (penipu) di kain rentang semasa demonstrasi terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan bagi menangani peningkatan dalam kes COVID-19 di Tel Aviv kelmarin. — Gambar AFP

TEL AVIV: Beratus-ratus penduduk Israel membantah di Tel Aviv pada lewat kelmarin terhadap perintah kawalan pergerakan kedua di seluruh negara, tindakan pertama seumpamanya di dunia untuk mengekang peningkatan baharu dalam kes COVID-19.

Negara itu memasuki semula perintah kawalan pergerakan pada jam 2 petang waktu tempatan semalam, beberapa jam sebelum Tahun Baharu Yahudi, dikenali sebagai Rosh Hashana, dan dilanjutkan selama tiga minggu sepanjang cuti keagamaan lain termasuk Yom Kippur dan Sukkot.

Negara Yahudi tersebut mencatatkan kadar jangkitan virus kedua tertinggi yang dikesan di dunia selepas Bahrain, menurut catatan AFP sejak dua minggu lepas.

Israel telah mendaftarkan lebih 172,000 kes COVID-19 dengan 1,163 kematian,  daripada populasi seramai sembilan juta orang.

“Ekonomi semuanya me-rudum, penduduk kehila-ngan pekerjaan, mereka berasa tertekan,” kata Yael, salah seorang di antara 300 dan 400 penunjuk perasaan di bandar pantai Tel Aviv.

“Dan semua ini untuk apa? Tiada apa-apa langsung!” kata seorang bekas pekerja firma kejuruteraan berusia 60 tahun yang kehilangan kerja-nya akibat krisis tersebut.

Israel pada mulanya mendapat pujian kerana mena-ngani penyebaran virus

COVID-19 dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang tegas pada Mac lepas, namun pihak berkuasa memaklumkan bahawa mereka telah terlalu awal ketika melonggarkan sekatan kemudiannya.

Pada petang perintah kawalan pergerakan yang diperbaharui, yang diumumkan pada minggu lepas, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu muncul di televisyen seluruh negara untuk cuba menjelaskan bahawa pihak kerajaan tidak mempunyai pilihan.

“Sistem kesihatan telah menaikkan bendera merah... Kami sudah melakukan segala-galanya yang kami mampu untuk mewujudkan keseimbangan di antara keperluan kesihatan (awam) dan keperluan ekonomi,” kata perdana menteri itu kelmarin.

Di bawah langkah-langkah baharu, penduduk akan dihadkan untuk berada dalam 500 meter dari kediaman mereka.

Pengecualian bagi peraturan ini termasuk penduduk yang keluar untuk membeli ubat-ubatan dan  makanan, termasuk menghadiri pengebumian atau upacara perkhatanan.

Ketua pembangkang di Israel Yair Lapid telah mengecam langkah terbaharu itu.

“Ia adalah satu tindakan yang sangat agresif. Ia menjejaskan ekonomi dan ia tidak membantu dalam keadaan menghentikan epidemik tersebut,” beliau memberitahu AFP pada minggu ini.

“Satu-satunya sebab kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang baharu adalah bahawa ia telah kalah sepenuhnya... Ia gagal sepenuhnya untuk mengawal koronavirus,” tegasnya. — AFP

Advertisement