Anda di sini

Premis judi haram dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik

Advertisement
 Petugas SESB meneliti meter elektrik di salah sebuah premis yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian haram.
TELITI: Petugas SESB meneliti meter elektrik di salah sebuah premis yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian haram.

PENAMPANG: PDRM dengan kerjasama Sabah Elektricity Sdb Bhd (SESB) memotong bekalan elektrik di empat premis yang dipercayai terlibat dalam perjudian haram di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kesemua premis yang terletak di sekitar daerah ini dan Putatan dikesan menjalankan kegiatan terbabit sepanjang pelaksanaan operasi serta risikan Op Dadu.

“Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Asisten Superintendan Farid Sairi dengan bantuan dua petugas SESB bagi tujuan pemotongan bekalan meter elektrik.

 Operasi pemotongan bekalan elektrik di salah sebuah premis di sini.
POTONG: Operasi pemotongan bekalan elektrik di salah sebuah premis di sini.

“Tindakan ini adalah salah satu pelaksanaan serius dan komitmen Polis Penampang dalam membanteras sebarang aktiviti perjudian haram di daerah Penampang dan Putatan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam aktiviti perjudian haram termasuklah sebagai pemain atau pengendali bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

  • oleh
  • Advertisement