Anda di sini

Pegawai, anggota harus faham dan menghayati etika bomba

Advertisement
 Khirudin menyampaikan sijil kepada Vincent pada program tersebut malam kelmarin.
ANUGERAH: Khirudin menyampaikan sijil kepada Vincent pada program tersebut malam kelmarin.

BETONG: Setiap pegawai dan anggota bomba harus memahami dan menghayati etika bomba yang diguna pakai dalam akademi selaras dengan etika Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman  berkata amalan berintegriti merupakan tunjang kepada kesempurnaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kerjaya bomba.

“Dalam menjaga imej pekerjaan seorang anggota bomba perlu memiliki sikap bertanggungjawab dan dedikasi melaksanakan tugasan diamanahkan serta mempunyai disiplin tinggi.

“Kita semua perlu membentuk pekerti mulia agar prestasi sentiasa dapat dikekalkan demi menjaga personaliti dan imej Jabatan Bomba terus disanjung tinggi dalam membantu masyarakat,” katanya pada Program Santai Bersama Pengarah JBPM Sarawak di sini malam kelmarin.

Khirudin menjelaskan, anggota harus menghayati etika dalam menjalankan amanah dan tugasan serta mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.

Menurutnya, masyarakat melihat bomba sebagai satu entiti yang membantu mereka ketika dilanda musibah seperti kebakaran, kemalangan mahupun aktiviti kemasyarakatan.

“Bomba memainkan pe-ranan penting di mata masya-rakat dan sentiasa mewakili kerajaan menyelesaikan sebarang musibah berlaku dan memberi gambaran positif kepada umum.

“Justeru, apa sahaja tugasan diberi perlu dilakukan dengan dedikasi, cekap dan disiplin tinggi serta tindakan dengan respons positif menjadi contoh terbaik,” jelasnya.

Khirudin menggesa setiap pegawai dan anggota bomba melihat ruang dan peluang bagi menambahkan peningkatan diri dalam kerjaya mereka.

Majlis itu menyaksikan penyerahan Sijil Anugerah Pegawai Sejahtera menyenaraikan Vincent sebagai penerima seterusnya PBK ll (KUP) Steven Dudley Kasu, PBK II Mohamad Hasshim Borhan, PB Faizznur Hazzwan Jamaluddin dan PB Leo Chapau.

Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Mohd Fauzi Mohamat Kifli, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai John Sagun Francis, Ketua Zon 3 Ramlan Marasan dan Ketua BBP Betong Vincent Baling.

Advertisement