Anda di sini

IPD Tawau adakan lapan SJR bendung penularan wabak  

Advertisement
PETER
PETER

TAWAU : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau mengambil keputusan untuk mengadakan lapan sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini sebagai inisiatif membendung penularan wabak COVID-19.

SJR yang diadakan itu termasuklah di Kilometer (KM) 50, Jalan Tawau-Semporna, Batu 8 Jalan Apas, Batu 2 Jalan Apas, Jalan Chong Thien Vun, Jalan Kuhara, Jalan Tanjung Batu, Jalan Merotai-Kalabakan dan Check Point Kalabakan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asissten Peter Umbuas berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau melalui IPD Tawau mengambil keputusan tersebut setelah diluluskan dalam mesyuarat PKOB semalam.

"Hal ini berikutan situasi semasa COVID-19 yang telah mewujudkan kes 'Sporadic' dan menyebabkan kegusaran masyarakat Tawau,"katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pihak IPD Tawau dibantu oleh pelbagai agensi termasuklah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malasia (RELA), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan jumlah keseluruhan seramai 341 anggota.

"Masyarakat digesa supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditetapkan bagi memastikan penularan COVID-19 dapat diputuskan.

"Kerjasama orang ramai juga diperlukan dan sentiasa berhati-hati semasa melalui setiap SJR yang telah ditetapkan serta mematuhi peraturan lalulintas,"katanya.

  • oleh
  • Advertisement