Anda di sini

Belia-beliawanis disaran rebut peluang Geran Intensif perniagaan

Advertisement
 Salah seorang beliawanis menjual makanan juga menerima Geran Intensif tersebut.
TERIMA KASIH: Salah seorang beliawanis menjual makanan juga menerima Geran Intensif tersebut.

RANAU: Belia-beliawanis Kg. Meridi di sini, disaran rebut peluang Geran Intensif perniagaan berjumlah RM18 ribu sumbangan Timbalan Menteri II, Kementerian dalam Negeri (KDN), yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Pengerusi Kelab Belia Kg. Meridi, Fadzwan Ali memberitahu selaras dengan teras Kelab Belia kampungnya mewujudkan 'gribisness Compitation' mahu menggalakkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan belia dalam aspek perniagaan bagi melahirkan ikon belia dalam bidang usahawan pada masa akan datang.

Menurutnya, Geran Intensif itu diperkenalkan bagi membantu belia-beliawanis Kg. Meridi untuk memulakan perniagaan demi memajukan diri sendiri dan keluarga.

Beliau berkata, antara kreteria yang diberikan perhatian adalah mereka yang sudah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh permohonan, belum mempunyai premis atau gerai sendiri untuk berniaga dan memiliki produk perkhidmatan seperti menjual makanan, minuman, menjahit kasut, selipar ataupun menjual sayur-sayuran.

"Tahniah kepada belia-beliawanis yang berjaya memohon Geran Intensif ini, sebagai motivasi mendorong semangat untuk berjaya.

"Saya mewakili belia-beliawanis Kg. Meridi merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jonathan atas keprihatinannya menyediakan Geran Intensif," tambah Fadzwan.

Advertisement