Anda di sini

Armani terima sokongan daripada pemandu bas mini

Advertisement
 Armani (kiri) ketika acara pelepasan bas mini yang mengibarkan bendera Warisan sebagai tanda sokongan kepada beliau.
LANCAR: Armani (kiri) ketika acara pelepasan bas mini yang mengibarkan bendera Warisan sebagai tanda sokongan kepada beliau.

SANDAKAN: Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi DUN Sungai Sibuga, Datuk Armani Haji Mahiruddin terus mengukuhkan sokongan daripada golongan akar umbi.

Terbaharu, Persatuan Bas Mini Sandakan bagi kawasan Sungai Sibuga yang melibatkan 80 buah bas mini tampil menyatakan sokongan kepada beliau.

Sokongan itu diterjemah apabila setiap bas sepakat mahu mengibarkan bendera Warisan serta menampal poster Armani di dalam bas, bermula hari ini (Jumaat) sehingga ke hari terakhir berkempen.

Bercakap kepada media, Armani berkata sokongan daripada pengusaha bas mini itu secara tidak langsung memberinya suntikan semangat untuk terus berjuang bagi memenangi PRU DUN Sabah pada 26 September ini.

"Pengusaha bas mini membawa peranan yang besar dalam komuniti setempat dari aspek penyediaan pengangkutan awam. Oleh itu, sokongan daripada mereka amat membantu dalam mempromosikan saya sebagai calon bertanding bagi kerusi Sungai Sibuga," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Penyerahan Bendera dan Poster serta Pelancaran Pelepasan Bas Mini di perkarangan Pejabat Warisan Calon Sungai Sibuga di Batu 7, Sandakan.

Sementara itu, salah seorang pemandu bas mini yang dikenali sebagai Harun berharap agar Armani dapat memberi perhatian terhadap beberapa isu melibatkan pengusaha bas mini sekiranya beliau diberi mandat oleh pengundi.

Katanya, isu berkenaan termasuk penyediaan terminal bas yang lebih kondusif, baik untuk keselesaan pengusaha bas mahupun orang awam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Warisan Libaran, Sahar Sakka dan Ketua Wirawati Warisan Libaran, Sabrina Yahya.

  • oleh
  • Advertisement