Anda di sini

Warganegara, bukan warganegara melalui Sabah perlu jalani ujian COVID-19 tiga hari sebelum ke Sarawak

Advertisement
Uggah pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di Sarawak, hari ini. - Gambar Jabatan Penerangan.
Uggah pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di Sarawak, hari ini. - Gambar Jabatan Penerangan.

KUCHING: Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang datang dari atau melalui Sabah yang ingin ke Sarawak perlu membuat ujian COVID-19 (rT-PCR test) tiga hari sebelum perjalanan berkuatkkuasa 21 September.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mereka juga perlu mengisi secara dalam talian "EnterSarawak" dengan menyertai dokumen sokongan yang diperlukan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata ia adalah keputusan jawatankuasa mengenai tatacara masuk ke negeri ini.

"Bagi rakyat Malaysia yang menggunakan penerbangan dari Pulau Pinang, mereka akan di ambil Ujian COVID-19 secara rawak setiba di Lapangan Terbang Kuching.

"Bagi rakyat Sarawak yang pulang dari Luar Negara, mereka akan di kuarantin di “First Point of Entry” di Sarawak dan mereka tidak dibenarkan untuk transit ke destinasi terakhir," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Tambah Uggah selain itu, bagi bagi rakyat Sarawak yang perlu berulang alik ke Brunei dan Sabah untuk tujuan kerja, mereka perlu mengambil surat khas dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing masing (Miri dan Limbang). 

Ujarnya  mereka juga dikehendaki mengambil ujian COVID-19 setiap dua minggu di samping sentiasa mengamal SOP yang telah disediakan oleh KKM.

"Manakala bagi Pekerja sektor Minyak dan Gas yang perlu pergi ke Pelantar Minyak dan telah berada di Sarawak selama 30 hari, tidak perlu untuk mengambil Ujian COVID-19. 

"Bagaimanapun bagi pekerja dari luar Sarawak, mereka perlu mengambil Ujian COVID-19 dan mematuhi SOP yang sedia ada," katanya.

Beliau menegaskan, bagi bagi pekerja asing di dalam Sektor Pembinaan, Peladangan dan Pelajar Asing dibenarkan masuk ke Sarawak dengan syarat syarat tertentu antaranya, mempunyai Permit kerja atau Pengajian yang masih sah, memohon kepada JPBNS (case by case) dan isi “EnterSarawak” secara dalam talian.

Katanya, kos kuarantin selama 14 hari dan Ujian COVID-19 sebanyak dua kali di biayai oleh Syarikat /Pelajar/Institusi berkenaan dan syarikat atau institusi perlu menyediakan pengangkutan untuk membawa pekerja dari Pintu Masuk (point of Entry ke Pusat Kurantin).

Mengenai perkembangan kes COVID-19 di Sarawak, tiada kes yang direkodkan pada hari ini termasuk daerah Kuching, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kekal sebanyal 701 kes, kata beliau.

Ujarnya, dimaklumkan juga tiada kes baru yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini kekal seramai 680 orang atau 97.00 peratus.

"Bagi kluster yang masih aktif, iaitu Kluster Alam di Bintulu kekal seramai lapan kes dan kesemua kes dalam kluster ini juga telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital," katanya.

Uggah berkata bagi pengesanan kontak bagi kes COVID-19 yang telag disahkan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Daerah Belaga sedang giat dijalankan oleh anggota petugas kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit. 

"Persampelan di kalangan Orang Kena Tahan (OKT) dan anggota petugas di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Negeri Sarawak sedang dijalankan untuk mengesan jangkitan dalam kalangan mereka yang berada di DTI.

"Langkah ini diambil sebagai langkah tambahan terhadap aktiviti pengambilan sampel dari Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang ditahan oleh pihak Imigresen, Polis atau Tentera sebelum dihantar ke DTI di Sarawak," katanya.

Advertisement