Anda di sini

PKPD dilaksanakan berdasarkan lokaliti kawasan terlibat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) adalah dilaksanakan berdasarkan lokaliti kawasan terlibat dan tidak membabitkan penutupan seluruh negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKP secara bersasar ini dilaksanakan bagi memastikan keadilan kepada keseluruhan rakyat di sesebuah kawasan terjejas dengan pandemik COVID-19.

“Jika dahulu kita melaksanakan PKP bersasar di seluruh negeri dan ianya tidak adil kepada kawasan tidak terjejas dan selepas itu kita melaksanakan pendekatan penutupan berdasarkan daerah.

“Kini kita menukar semula dengan mengambil pendekatan penutupan pada peringkat mukim iaitu penutupan berdasarkan lokaliti kawasan terlibat iaitu pelaksanaan (PKPD) Pentadbiran di Penjara Tawau sahaja dan bukan keseluruhan daerah,” katanya.

Menurutnya keputusan positif harian dilihat tinggi berikutan saringan kesihatan dilaksanakan secara keseluruhan dan keputusan diperolehi setiap hari.

“Mana-mana individu didapati positif kita akan terus hantar ke pusat rawatan untuk dirawat dan setakat ini kita sedang kenalpasti kontak rapat yang terlibat dan saringan akan dilaksanakan kepada semua pihak.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sudah memantau beberapa perkampungan terlibat dan jika keadaan didapati meruncing kita akan tutup seperti di Kedah,” katanya.

Tambahnya pihaknya tidak akan menutup keseluruhan kawasan berikutan ianya tidak adil kepada kawasan lain yang tidak terjejas.

“Kita akan tutup sekiranya kawasan itu diistihar sebagai kawasan merah dan jika masih pada tahap hijau atau kuning kita akan pantau sehingga keputusan diperolehi berdasarkan nasihat KKM.

“Setakat ini kawasan lain di Tawau dan Lahad Datu belum ada keperluan untuk PKPD dan sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan di Lahad Datu adalah perkara biasa yang dilaksanakan dalam Op Penawar,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement