Anda di sini

Pembinaan bekalan air bersih bernilai RM25 juta beri manfaat kepada rakyat DUN Kuamut

Advertisement
 Abdul Rahman berucap majlis berkenaan sambil diperhatikan oleh Juhari.
SOKONG BN: Abdul Rahman berucap majlis berkenaan sambil diperhatikan oleh Juhari.

KINABATANGAN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah meluluskan pembinaan bekalan air bersih bernilai RM25 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohammad berkata pembinaan bekalan air bersih ini melibatkan jarak 45 kilometer dengan pembinaan tangki air dan dua buah pam.

“Pembinaan bekalan air ini akan menyelesaikan isu air bersih di kawasan DUN Kuamut bernilai RM25 juta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Perjumpaan Khas bersama penduduk Kampung Entilibon di Dewan Entilibon Asal, tadi.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Kuamut Dato’ Juhari Janan turut hadir bersama Abdul Rahman.

 Beliau berkata di kawasan ini juga kita telah melaksanakan projek-projek pembangunan yang besar di DUN Kuamut yang bernilai RM320 juta dan satu lagi projek pembangunan RM95 juta.

“KKLB telah memperuntukan jumlah yang besar untuk pembangunan di Sabah, dalam perancangan pembentangan bajet sahaja pada tahun hadapan.. kementerian akan memperuntukan 25 peratus dari bajet dengan nilai RM1 bilion untuk negeri Sabah.

“Saya percaya rakyat akan memilih BN dan PN. Kerajaan yang perlu dibentuk di negeri perlu selari dengan kerajaan pusat bagi memastikan projek pembangunan di Sabah berjalan lancar,” katanya.

Abdul Rahman berkata Sabah kini telah jauh berubah dari arus pembangunan tetapi masih perlu untuk kita bersama-sama (kerajaan negeri dan pusat) dalam merealisasikan pelbagai keperluan rakyat di negeri ini.

“Kita semua tahu dimana rakyat di kawasan luar bandar masih memerlukan pembangunan yang baik dari pihak kerajaan,’ katanya.

Beliau memberi contoh dimana DUN Kuamut sahaja ini masih memerlukan pelbagai projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Katanya, permohonan penduduk yang diserahkan oleh calon BN, Datuk Juhari Janan juga akan dipertimbangkan sehabis baik.

“Ini bukan sebab pilihan raya, tetapi ini merupakan bajet-bajit yang disediakan sebagai teras sesuai dengan pembangunan luar bandar itu sendiri,” katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement