Anda di sini

Exco Wiramuda STAR Sabah masuk UPKO

Advertisement
 Lyrone menyerahkan borang keahlian UPKO kepada Madius (dua kanan) sambil disaksikan Shafie (tengah).
SERAH: Lyrone menyerahkan borang keahlian UPKO kepada Madius (dua kanan) sambil disaksikan Shafie (tengah).

KIULU: Exco Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (STAR) Lyrone Lodimon menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Ketua Wiramuda merangkap Naib Ketua Bahagian STAR Kiulu menyampaikan borang keahlian kepada Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat kawasan Kiulu di Kampung Lokub.

Berlangsung di Dewan Serbaguna kampung itu, penyerahan berkenaan turut disaksikan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Madius ketika diminta mengulas kemasukan itu berkata, ia menunjukkan parti UPKO semakin bertapak kukuh di Kiulu.

"Saya ucapkan terima kasih dan selamat datang ke dalam keluarga UPKO. Marilah kita sama-sama membangunkan Kiulu seiring dengan pelancaran Pelan Tindakan Pembangunan Strategik Daerah Kecil Kiulu 2020-2035," katanya.

Sebanyak 257 borang keahlian baharu UPKO telah diterima. Turut menyerahkan borang ialah Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kampung Tapatau Kiulu, Paulus Bulohok.

Pada majlis itu, Shafie turut mengumumkan bahawa Madius bakal dilantik semula ke menteri penuh dan timbalan ketua menteri sekiranya menang bersama gabungan Warisan Plus.

  • oleh
  • Advertisement