Anda di sini

DAP dan NSJA jayakan pertandingan bola keranjang pada Hari Malaysia

Advertisement
 Andy (tiga kanan) menerima jersi daripada Ling bersama peserta perlawanan bola keranjang persahabatan DAP dan NSJA.
TERIMALAH: Andy (tiga kanan) menerima jersi daripada Ling bersama peserta perlawanan bola keranjang persahabatan DAP dan NSJA.

MIRI: Parti Tindakan Demokratik  (DAP) Miri dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) meraikan sambutan Hari Malaysia kelmarin dengan mengadakan perlawanan bola keranjang persahabatan.

Setiausaha DAP Sarawak yang juga penaja aktiviti ini Senator Alan Ling berharap kerjasama kedua pihak akan bertambah kukuh, selain mempromosikan sukan sebagai aktiviti sihat.

“Setiap pertandingan harus menepati prinsip keadilan dan setiap pemain wajib mempamerkan semangat dan sikap bersungguh-sungguh tanpa boleh dipengaruhi dengan apa-apa ganjaran," jelasnya.

Ling yang juga Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak menderma 100 botol pensanitasi tangan kepada Persatuan Bola Keranjang Miri sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap ahli jawatankuasa, pelatih dan pemain.

Beliu juga merupakan Presiden Persatuan Bola Tampar Miri serta Naib Pengerusi Persatuan Bola Tampar Sarawak serta Selangor.

"Saya berharap NSJA akan menganjurkan lebih banyak aktiviti sukan khasnya bola tampar untuk ahli pada masa akan datang," sarannya.

Turut serta Pengerusi DAP Miri Dr Ting Tiong Choon, Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo, Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee dan Presiden NSJA Andy Jong.

Advertisement