Anda di sini

6 bayi dilahirkan sempana Hari Malaysia ke-57 di Hospital Ranau

Advertisement
 Para ibu bersama bayi mereka sempat merakam gambar bersama para doktor dan jururawat Hospital Ranau.
KENANGAN: Para ibu bersama bayi mereka sempat merakam gambar bersama para doktor dan jururawat Hospital Ranau.

 

RANAU : Sempena sambutan Hari Malaysia ke-57 pada 16 September lalu  seramai 6 orang bayi telah selamat dilahirkan di hospital daerah ini dan semuanya dalam keadaan baik.

Ketua Jururawat Wad Bersalin  Hospital Ranau, Kj.Kasmiah Ali memberitahu, bayi-bayi 'Anak Malaysia' itu semuanya sihat dan telah menerimah sumbangan  berupa hamper daripada para doktor perubatan Hospital Ranau.

Menurut Kasmiah, bayi yang lahir pada setiap 31  Ogos (Anak Merdeka) juga menerima hamper  sebagai ucapan tahniah kepada para ibu dan bayi mereka sempena hari bersejarah berkenaan.

Salah seorang ibu bayi yang bertuah itu, Nadia Norimpot, dari Kg.Debut Langsat mewakili ibu yang lain merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Hospital Ranau khususnya para doktor yang menyumbang hadiah hamper kepada anak-anak (bayi bertuah) yang lahir sempena Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan 'Malaysia Prihatin'.

Advertisement