Anda di sini

Yoshihide Suga dilantik PM Jepun

Advertisement
YOSHIHIDE SUGA
YOSHIHIDE SUGA

TOKYO: Parlimen Jepun semalam memilih Yoshihide Suga sebagai perdana menteri, dan bekas ketua setiausaha kabinet itu dijangka akan meneruskan dasar yang diperjuangkan oleh Shinzo Abe sewaktu pemerintahannya yang memecah rekod.

Suga, 71, mencapai kemenangan yang mudah, dengan memperolehi 314 daripada 462 undi sah yang dibuat dalam dewan rakyat di parlimen, di mana Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah negara dan dianggotainya memegang majoriti besar.

Beliau tunduk dengan rendah ketika penggubal undang-undang bertepuk tangan ekoran pengumuman berkenaan, tetapi tidak sege-ra membuat kenyataan.

“Menurut keputusan, dewan kita sudah memutuskan untuk melantik Yoshihide Suga sebagai perdana menteri,” speaker dewan rakyat Tadamori Oshima mengumumkan selepas undi selesai dikira.

Suga dijangka meng-umumkan kabinetnya lewat semalam, dan media tempatan melaporkan beliau akan mengekalkan beberapa menteri dari kerajaan Abe.

Suga, yang pada Isnin lepas dipilih untuk menjadi ketua LDP, dilihat sebagai calon kesinambungan dan pernah menyatakan pencalonannya didorong oleh keinginan untuk meneruskan dasar Abe.

Abe, yang meletak jawatan awal semalam bersama kabinetnya, menamatkan peme-rintahannya yang memecah rekod dengan baki setahun lagi dalam mandatnya.

Beliau terpaksa meletak jawatan disebabkan oleh kolitis ulseratif, sejenis penyakit usus yang sudah lama dialaminya.

Suga sudah menceburi bidang politik selama berdekad-dekad – terakhir sekali sebagai ketua setiausaha kabinet, di mana beliau diketahui mendesak agar dasar kerajaan dilaksanakan oleh birokrasi yang kadang-kadang sukar dipengaruhi.

Beliau juga merupakan wajah kerajaan, yang mempertahankan dasarnya de-ngan gigih sebagai jurucakap, termasuk dalam pertikaman lidah dengan wartawan.

Kehidupan awalnya, sebagai anak seorang bapa yang menanam strawberi dan ibu-nya yang merupakan seorang guru sekolah, membezakannya daripada ramai elit politik yang berdarah bangsawan di dalam partinya dan persada politik di Jepun.

Tetapi pandangan politik-nya masih sesuatu yang misteri walaupun beliau memperjuangkan beberapa langkah untuk membantu kawasan luar bandar seperti bandar asalnya di Akita, utara Jepun.

Beliau dilihat sebagai lebih pragmatik berbanding mempunyai ideologi, dan sewaktu beliau berkempen, lebih ba-nyak bercakap tentang ke-perluan untuk mengetepikan halangan pentadbiran – apa yang dipanggil sebagai silo birokratik – berbanding sebarang prinsip besar yang menjadi pedoman.

Beliau bakal berdepan dengan pelbagai cabaran yang sukar, termasuk ekonomi yang sudah mengalami ke-melesetan sebelum pandemik COVID-19 berlaku lagi.

Suga telah menyatakan melancarkan ekonomi adalah satu keutamaan tertinggi, selain membendung virus – sesuatu yang amat perlu dan penting jika Jepun hendak mengadakan Olimpik 2020 di Tokyo yang ditunda sebelum ini pada Julai 2021.

“Untuk mengatasi krisis dan memberikan kepada rakyat Jepun rasa kelegaan, kita perlu berjaya dalam apa yang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Abe,” kata Suga selepas beliau dipilih untuk menjadi ketua LDP pada Isnin lepas.

Kabinet Suga dijangka tidak akan membawa banyak kejutan, dengan Menteri Luar Toshimitsu Motegi dan Menteri Kewangan Taro Aso yang dijangka akan dikekalkan dalam jawatan mereka.

Menteri Pertahanan Taro Kano diramal akan diganti-kan oleh adik Abe, Nobuo Kishi, yang diangkat oleh bapa saudaranya ketika kecil dan menggunakan nama keluarganya.

Kono dilaporkan bakal menjadi menteri yang bertanggungjawab bagi reformasi pentadbiran, sebuah portfolio yang khususnya dianggap penting oleh Suga.

Hanya dua wanita sahaja setakat ini dilaporkan akan menyertai kabinet, sebagai menteri Olimpik dan menteri keadilan, turun daripada tiga wanita yang berkhidmat dalam kerajaan lama Abe.

Abe akan terus menjadi penggubal undang-undang, dan ada yang mencadang-kan kemungkinan bahawa beliau boleh menjalankan misi diplomatik. — AFP

Advertisement