Anda di sini

Terbuka Perancis: Nadal ingatkan terus waspada wabak COVID-19

Advertisement
NADAL
NADAL

ROM: Jaguh tenis dari Sepanyol, Rafael Nadal, meminta sikap berhati-hati pada Isnin dengan kejohanan Terbuka Perancis dijangka berlangsung di hadapan sejumlah penonton ya terhad walaupun dengan pandemik koronavirus (COVID-19).

Nadal, yang akan memburu kejuaraan ke-13 di Terbuka Perancis, kembali beraksi pada kejohanan di permukaan tanah liat di Terbuka Itali di sini minggu ini, kejohanan pertama beliau sejak enam bulan kerana pandemik.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Saya tidak tahu apa situasinya di Roland Garros,” kata Nadal, 34, apabila ditanya wartawan tentang Terbuka Perancis.

“Mari kita lihat bagaimana virus ini berkembang dalam beberapa minggu akan datang. Saya berharap ia dalam cara yang bagus. Adakah ia tidak bagus? Tidak. Kita akan lihat.

“Kita perlu bersabar dan tunggu untuk melihat bagaimana situasinya.”

Nadal boleh menyamai rekod Roger Federer yang memenangi 20 kejuaraan Grand Slam jika muncul juara buat kali ke-13 di Terbuka Perancis.

Kejohanan ini ditunda dari bulan Mei lepas ke 27 September dan mungkin akan membenarkan sehingga 11,500 penonton hadir setiap hari.

Nadal akan memburu kejuaraan ke-10 di Terbuka Itali minggu ini, dengan kejohanan ini berlangsung tanpa penonton.

Pilihan pertama bahagian wanita di Terbuka Perancis, Simona Halep, yang juga juara 2018, berkata beliau “pasti ia adalah sangat ketat” di Roland Garros.

“Saya baharu membaca akan ada penonton dalam stadium,” kata jaguh dari Romania  itu.

“Tetapi saya pasti kawalannya cukup ketat. Kita tidak dapat tanpa penonton, tidak dapat bersama dengan mereka yang tidak dalam kawalan kesihatan, jadi saya fikir mereka akan dipisahkan.

“Saya berharap semuanya selamat dan kami berasa seperti kami dalam zon kawalan yang selamat.” — AFP

Advertisement