Anda di sini

Polis keluarkan 21 saman, empat pemandu mabuk ditahan

Advertisement
 Polis dari BSPT IPD Penampang menjalankan pemeriksaan semasa Ops Mabuk.
PERIKSA: Polis dari BSPT IPD Penampang menjalankan pemeriksaan semasa Ops Mabuk.

PENAMPANG: Polis mengeluarkan 21 keping saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Mabuk yang dijalankan di Jalan Kota Kinabalu-Penampang berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi awal pagi itu dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Penampang.

"Operasi yang diketuai Inspektor Jupri Usman bersama 13 anggota memeriksa keseluruhan 60 pelbagai jenis kenderaan serta 70 pengguna jalan raya.

"Hasil pemeriksaan terbabit polis kemudiannya mengeluarkan 21 keping saman pelbagai kesalahan dan 11 daripada saman itu adalah kesalahan berkaitan lesen memandu," katanya.

Haris berkata, dalam operasi sama juga pihaknya menahan empat pemandu lelaki selepas dikesan memandu dalam keadaan mabuk.

"Kesemua suspek dibawa ke IPD Penampang untuk tujuan dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Semua pengguna jalan raya terutamanya penduduk di daerah ini dinasihatkan untuk tidak membawa kenderaan tanpa lesen memandu yang sah dan pemilik kenderaan juga tidak sepatutnya membenarkan pemandu tanpa lesen memandu mengendalikan kenderaan mereka," katanya.

  • oleh
  • Advertisement