Anda di sini

Pembentukan kerajaan baharu Sabah perlu seiring Persekutuan

Advertisement
 Ronald berucap pada majlis berkenaan sambil dihadiri oleh Samad Jambri.
BERI SOKONGAN: Ronald berucap pada majlis berkenaan sambil dihadiri oleh Samad Jambri.

BELURAN: Pembentukan kerajaan baharu di Sabah selepas proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 September ini perlu mempunyai hala tuju seiring dengan kerajaan Persekutuan.

Naib Presiden BERSATU yang juga Setiausaha BERSATU Sabah Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ia bagi membolehkan pembangunan yang dituntut oleh masyarakat luar bandar yang memerlukan peruntukan besar daripada kerajaan persekutuan dapat dilaksanakan sewajarnya.

 

"Di luar bandar memerlukan infrastruktur, dana yang berterusan untuk melihat lebih banyak pembangunan asas yang diperlukan rakyat.

"Bekalan elektrik, air, jalan kampung, sekolah, klinik dan kemudahan pembaikan rumah dan sebagainya semua memerlukan dana yang besar daripada kerajaan persekutuan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Labuk, Samad Jambri di Dewan Serbaguna Kampung Ranpek, Beluran.

Justeru, Ronald berkata rakyat di negeri ini diharap dapat menggunakan sepenuhnya hak sebagai pemilih pada hari pengundian agar  pembentukan kerajaan negeri adalah yang menyokong sepenuhnya kepimpinan kerajaan Persekutuan diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  • oleh
  • Advertisement