Anda di sini

Pejalan kaki maut dirempuh pikap di Kota Samarahan

Advertisement
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian

KOTA SAMARAHAN: Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah pikap di Jalan Kampung Baru, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Joshua Jalak, 71, dan beralamatkan dari Kampung Rembus.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa dikatakan keluar secara tiba-tiba dari kiri bahu jalan raya lalu dilanggar pikap tersebut yang bergerak dari arah Asajaya, sekitar jam 5.24 petang.

"Siasatan awal mendapati, pemandu pikap terbabit datang dari Asajaya sebelum bercadang untuk berhenti berehat di bahu jalan tersebut.

"Bagaimanapun, belum sempat dia memberhentikan pikapnya, mangsa dikatakan tiba-tiba muncul lalu dirempuh kerana tidak sempat dielak oleh pemandu pikap terbabit," katanya menerusi satu kenyataan.

Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa oleh pasukan perubatan yang turut hadir di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement