Anda di sini

Panama bongkar kubur manusia korban baharu

BANDAR PANAMA: Pihak berkuasa di Panama membongkar sebuah kubur beramai-ramai baharu di kawasan terpencil di mana pada Januari lepas mereka menemui jasad  tujuh orang yang menurut polis telah diseksa dan dibunuh oleh sebuah kumpulan keagamaan.

Bagaimanapun pendakwa raya kelmarin berkata mereka mempercayai sebuah kumpulan berlainan yang bertanggungjawab ke atas kubur beramai-ramai baharu itu.

Pejabat pendakwa raya negara menyatakan penyiasat sedang mengawasi penggalian rangka tulang dari kawasan di wilayah peribumi Ngabe Bugle, 350 kilometer di utara ibu negeri itu.

“Pada masa ini adalah mustahil untuk menentukan jantina atau jumlah mayat yang ditemui di dalam kubur tersebut,” Azael Tugri, pendakwa raya umum di daerah peribumi Nurum  memberitahu media tempatan.

Tugri berkata penyiasat terpaksa mendaki selama 10 jam melalui lereng gunung untuk sampai ke kawasan itu, berhampiran sumber bagi Sungai Chucara.

Penemuan mengejutkan yang terbaharu ini telah dikaitkan oleh penyiasat de-ngan pembubaran sebuah kumpulan keagamaan yang disyaki pada bulan lepas dan penahanan pemimpinnya, sumber rapat dengan siasatan memberitahu AFP.

Pihak berkuasa mengait-kan kubur tersebut dengan “tuduhan pemerkosaan dan layanan buruk ke atas golo-ngan bawah umur” oleh kumpulan keagamaan itu.

Menurut pihak berkuasa bukti dari kubur itu sudah dihantar ke pusat operasi polis di Santiago de Veraguas, 250 kilometer barat daya Bandar Panama, untuk pemeriksaan forensik.

Pihak berkuasa turut membuat lima tangkapan dalam kes itu, dan menyelamatkan tiga kanak-kanak, ber-usia 14 dan 10 tahun termasuk seorang bayi berusia tiga bulan, kata pejabat pendakwa raya.

Sekiranya disahkan,  pembunuhan beramai-ramai itu akan menjadi yang kedua telah dilakukan oleh sebuah kumpulan di Amerika Tengah pada tahun ini – walaupun pihak berkuasa menyatakan terdapat tiada kaitan dengan kumpulan “God’s New Light”  yang bertanggungjawab bagi penemuan kubur pada Januari.

Kemudian , pihak penyiasat menemui sebuah kubur beramai-ramai di Altos del Terron –sebuah komuniti terpencil di wilayah orang asli – mengandungi rangka tulang seorang wanita mengandung dan enam orang kanak-kanak berusia dari satu hingga 17 tahun.

Mayat-mayat tersebut mempunyai kesan luka yang konsisten dengan telah dipukul.

Beberapa hari kemudian, Kitab Injil, mesej-mesej yang  menyebut dengan syaitan dan  satu timbunan tali masih dapat dilihat di tempat kejadian pembunuhan – sebuah gereja  lama di dalam hutan tebal yang digunakan oleh kumpulan berkenaan.

Pihak polis mengesyaki pemimpin “God’s New Light” l telah terlibat dalam pembunuhan kejam, dan menyerbu sebuah gereja yang digunakan oleh kumpulan itu, menahan 10 orang dan menyelamatkan 15 orang lagi.

Pihak polis mempercayai mangsa telah “diseksa dan dikorbankan” serta bahawa  15 orang lagi mungkin juga mengalami sebegitu.

Pejabat pendakwa raya awam menyatakan kemudian bahawa 10 orang suspek telah mengikat mangsa mereka  dan memukul mereka sehingga mati dengan Kitab Injil, kayu dan parang.

Mangsa yang terselamat memberitahu mereka ketua kumpulan mendakwa dia menjalankan arahan Tuhan untuk “membuang  kejahatan”  daripada ,mangsa dalam satu upacara penghalauan hantu. – AFP

Advertisement