Anda di sini

Logo WARISAN dipecahkan, polis belum terima laporan

Advertisement
 Replika logo WARISAN rosak selepas dipecahkan menggunakan kayu besbol.
ROSAK: Replika logo WARISAN rosak selepas dipecahkan menggunakan kayu besbol.

KOTA KINABALU: Polis belum menerima laporan daripada mana-mana individu atau pihak berkenaan replika logo Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipecahkan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tiada laporan polis setakat ini dan jika ada pihak membuat laporan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu replika logo WARISAN yang diletakkan di bulatan berhampiran Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dipecahkan seorang lelaki kira-kira jam 1.15 pagi.

Kejadian disedari pengawal keselamatan yang bertugas di PPNS sebelum bertindak mengejar suspek bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri.

Pengawal terbabit hanya sempat merakam kelibat lelaki yang kemudiannya menaiki kereta berwarna putih sebelum meninggalkan lokasi.

Disebabkan kejadian, replika terbabit rosak dan hanya serpihan kayu pemukul besbol yang dipercayai digunakan suspek ditemukan di lokasi.

Kesalahan ini boleh disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan kerosakan.

  • oleh
  • Advertisement