Anda di sini

Kebakaran musnah sebahagian kawasan paya terbesar di Brazil

Advertisement
 Bangkai buaya dilihat kelmarin selepas kebakaran memusnahkan kawasan paya                 Pantanal di negeri Mato Grosso, Brazil. — Gambar AFP
HANGUS: Bangkai buaya dilihat kelmarin selepas kebakaran memusnahkan kawasan paya Pantanal di negeri Mato Grosso, Brazil. — Gambar AFP

BOGOTA: Kebakaran yang berlaku di tanah paya di tengah Brazil, menyebabkan banyak kemusnahan di kawasan yang dianggap sebagai syurga biodiversiti itu, lapor Agensi Anadolu.

Hampir 12 peratus tanah paya tropika terbesar di dunia itu musnah, sekali gus mengganggu ekosistem di kawasan berkenaan.

Menurut pihak berkuasa kebakaran akibat aktiviti pembersihan kawasan tanah oleh penternak dan petani serta keadaan diburukkan lagi dengan kemarau, yang disifatkan terburuk pernah melanda dalam tempoh 47 tahun.

Hutan meliputi wilayah Bolivia dan Paraguay itu merupakan kawasan untuk kira-kira 1,200 haiwan vertebrata, termasuk 36 spesies yang semakin terancam. Wilayah ini juga dihuni burung langka dan populasi jaguar, paling padat di dunia.

Menurut saintis anggaran kerugian sukar dipastikan. Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan melapor-kan dari Januari hingga September, 14,764 kebakaran berlaku di kawasan flora dan fauna di Brazil, peningkatan 214 peratus dari tempoh yang sama pada 2019.

Aktiviti penebangan hutan memburukkan lagi keadaan dan aktivis alam sekitar menyalahkan Pre-siden Jair Bolsonaro kerana menggalakkan campur tangan di kawasan pemuliharaan itu. — Bernama

Advertisement