Anda di sini

Kaki pancing wanita dalam ‘Redah Aje’

Advertisement
 Nadia Hasnan sebagai hos dalam ‘Redah Je’.
KAKI PANCING: Nadia Hasnan sebagai hos dalam ‘Redah Je’.

AKTIVITI memancing sering kali didominasi dan dikaitkan dengan golongan lelaki. Tapi itu dahulu, kini pembabitan wanita dengan aktiviti ini adalah perkara biasa dengan peningkatan jumlah yang semakin hari semakin bertambah.

Menariknya aktiviti ini juga berjaya menarik golongan wanita bujang dan juga yang sudah berkeluarga kerana bermula hanya sekadar menemankan suami namun kemudiannya jatuh cinta dengan aktiviti ini.

Namun menjadi keutamaan bagi seseorang pemancing itu untuk menitikberatkan keselamatan peralatan dan keperluan diri sendiri setiap kali keluar memancing. Setiap pemancing perlu melengkapkan diri dengan pakaian yang sesuai dan tidak ketinggalan mengenakan jaket keselamatan memakai kasut dan membawa ubat-ubatan.

Menampilkan hos Nadia Hasnan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangkan program diberi tajuk ‘Redah Aje’ setiap Khamis, jam 6.00 petang di TV Okey mulai 10 Sepetember lepas.

Program 13 episod ini berkongsi aktiviti serta tip memancing bersama pemancing-pemancing profesional. Nadia dan tetamu undangan khas ini juga bakal meredah lubuk-lubuk memancing popular di Malaysia yang boleh dicuba oleh pemancing lain.

Antara lokasi ‘rahsia’ yang dibawakan kepada penonton dan semua ‘kaki pancing’ di Malaysia ini termasuklah Sungai Kelebu di Tasik Kenyir, Sungai Kuala Ketil di Kedah, mencandat sotong di Pulau Langkawi, Lubuk Lesong, Lubuk Tengalan Taman Negara, Batu Gajah di Perak, dan sekitar Pulau Pinang.

Turut dicuba memancing di Sungai Kahang dan Sungai Seberang Kecil Johor, Gua Musang di Kelantan, Marang di Terengganu, Tasik Pedu di Kedah, Lumut di Perak bersama-sama tetamu Roshidi Othman dan Faiz Naufal, Endau Rompin Pahang dan lokasi terakhir di Sungai Rembau, Negeri Sembilan.

Luangkan masa menyaksikan program santai ini di TV Okey.

Advertisement