Anda di sini

Janggut keluar parti bersama 200 ahli dari empat cawangan di Zon Dandulit

Advertisement
 Janggut dibantu Suhaimi memakai baju BN sambil diperhatikan oleh Jamil Khir, Mokran dan para pemimpin BN.
SERTAI BN: Janggut dibantu Suhaimi memakai baju BN sambil diperhatikan oleh Jamil Khir, Mokran dan para pemimpin BN.

SANDAKAN: Mohamed Mirodin @ Janggut yang merupakan Naib Ketua Parti Warisan Sabah (WARISAN) Bahagian Libaran telah mengumumkan keluar parti untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau bersama isterinya umumkan keluar parti pada program calon BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dandulit yang dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Haji Baharom bersama dua calon BN Suhaimi Haji Nasir (DUN Gum-Gum) dan Mokran Ingkat (DUN Sungai Manila).

Janggut adalah salah seorang penaja kepada WARISAN Bahagian Libaran dan penaja kepada WARISAN di Zon Dandulit telah keluar bersama 200 ahli dari empat cawangan iaitu Kampung Banting, Sungai Beruang, Dandulit dan Kuala Gum-Gum.

 

Beliau menceritakan perjalanan politiknya dimana terlibat selama sembilan tahun bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).  

Janggut berkata, tindakannya keluar parti ekoran pucuk pimpinan WARISAN tidak menghormati keputusan bahagian dan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Di WARISAN, beliau berkata, kerja-kerja di bahagian adalah tanggungjawabnya selama ini ekoran Timbalan Ketua Bahagian telah meninggal dunia dan Ketua Bahagian pula sering sakit.

Katanya, tanggungjawab di bahagian itu (WARISAN Libaran) adalah terletak di bahunya selama ketiadaan dua pemimpin itu.

"Kesetiaan saya pada WARISAN, saya adalah orang yang setia dimana bermula dari menjadi penaja, membentuk kerajaan dan sehinggalah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Janggut juga adalah pencadang kepada penyandang ADUN Gum-Gum (Arunarnsin) semasa pilihan raya yang lepas.

"Selepas dia menang, dia tidak tengok kita…itu saya masih tahan lagi. Tetapi mengapa saya terpanggil menyertai UMNO?...sebab saya adalah orang terdekat dengan presiden WARISAN, keputusan bahagian tidak diambil kira oleh pucuk pimpinan.

"Keputusan meletak calon tidak dibincang, apa guna bahagian-bahagian ini? Saya telah hadir dalam mesyuarat bersama presiden dan minta sendiri agar menghormati keputusan bahagian tentang soal calon dan hormati bahagian," katanya.

Beliau berkata, bakal ada lagi pemimpin serta ahli-ahli WARISAN akan menyusul keluar sertai BN.

Janggut memberi kepercayaan kepada calon BN DUN Gum-Gum Suhaimi Nasir yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Libaran untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu dan begitu juga kepada calon BN DUN Sungai Manila Mokran Ingkat.

"Saya kenali dua pemimpin ini telah lama dan merupakan rakan saya. Suhaimi merupakan orang yang banyak membantu saya ketika saya berada dalam BN satu ketika dahulu," katanya.

Beliau akan membantu dua calon BN ini dalam siri kempen kali ini bagi memastikan mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

  • oleh
  • Advertisement