Anda di sini

Gempa bumi lemah di Beluran, Sabah

Advertisement
 
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah pada 6.55 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 42 km Tenggara dari Pitas.

Gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu. - Bernama 

Advertisement