Anda di sini

Perutusan khas PM mengenai situasi semasa COVID-19 malam ini

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, malam ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia pada 8 malam.

Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-181 hari ini dan hari ke-97 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - Bernama 

Advertisement