Anda di sini

Calon WARISAN DUN Sungai Sibuga perkukuh sokongan akar umbi

Advertisement
 Armani menyerahkan bendera WARISAN kepada Haji Said.
SERAH: Armani menyerahkan bendera WARISAN kepada Haji Said.

SANDAKAN: Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi DUN Sungai Sibuga Datuk Armani Haji Mahiruddin giat mengukuhkan sokongan daripada akar umbi.

Terbaharu, bekas Ketua Cawangan UMNO Kampung Tinusa Jaya Haji Mohamad Said Ummal memilih untuk menyertai WARISAN sekaligus menyatakan sokongan terhadap Armani.

 

Menurut Armani, Haji Said bukanlah orang baharu dalam dunia politik, sebaliknya mereka sama-sama pernah berjuang ketika berada dalam Umno sebelum ini.

"Haji Said juga memberitahu akan membantu saya berkempen kepada lebih 2,000 ahli di bawahnya untuk menyokong dan mengundi saya pada Pilihan Raya Umum DUN Sabah, 26 September ini.

"Sebelum ini, saya juga pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Libaran selama 22 tahun. Kelebihan ini akan saya gunakan untuk terus berkempen bagi menarik lebih ramai penyertaan baharu. Saya kenal kawasan ini dan juga ahli UMNO yang ada. Mereka bukan setakat rakan, sebaliknya sudah menjadi saudara saya," jelasnya.

Terdahulu, Armani hadir menyerahkan bendera WARISAN kepada Haji Said. Pasukannya turut memasang bendera WARISAN di sekitar rumah beliau.

  • oleh
  • Advertisement