Anda di sini

Banjir maut di lombong DRC, lapan mayat pertama ditemui

Advertisement

BUKAVU: Pekerja kecemasan kelmarin telah menemui mayat pertama pelombong yang terkorban dalam banjir di sebuah lombong emas haram di timur Republik Demokratik Kongo (DRC), saksi memberitahu AFP.

Sebanyak 18 mayat telah ditemui berhampiran di pekan perlombongan berhampiran Kamituga, menurut kepada seorang penduduk tempatan di tempat kejadian, Jean Nondo.

Gabenor wilayah Kivu Selatan telah menyatakan bahawa 50 pelombong maut setelah terperangkap di bawah tanah ketika hujan lebat membanjiri lombong mereka pada Jumaat lepas.

“Ketika pelombong hendak keluar, tiada jalan keluar kerana air mengalir masuk dengan tekanan kuat,” kata Nondo.

Datuk Bandar Kamituga Alexandre Bundya menyatakan beliau tidak mengetahui jumlah sebenar pelombong yang bekerja ketika kejadian, namun terdapat 19 keluarga yang mencari orang tersayang mereka yang hilang.

Untuk hari kedua, beratus-ratus orang berkumpul di kawasan tersebut ketika para pekerja kecemasan membawa mayat-mayat pertama keluar dan ke dalam khemah berhampiran, ditunjukkan oleh rakaman video yang ditonton oleh AFP.

Ketika pekerja kecemasan bekerja dengan menggunakan penyodok dan ta-ngan kosong mereka pada Sabtu lepas, kelmarin sebuah jentera penyodok hidraulik telah dibawa ke kawasan itu bagi membantu mereka de-ngan kerja-kerja mereka.

Lombong itu sedang dalam konsesi yang dimiliki oleh perlombongan Kamituga, sebuah cawangan bagi syarikat perlombongan emas Kanada Banro, Raoul Kitungano, dari kumpulan kempen Kongo Justice Pour Tous (Justice for All), memberitahu AFP.

Banro mengumumkan pada September 2019 ia telah menangguhkan operasinya di sana.

Lombong itu kemudian ditinggalkan kepada pelombong tempatan yang mencari pendapatan dengan menjual bahan mineral ditemui kepada peniaga tempatan, yang kemudian menjualnya kepada syarikat-syarikat asing yang besar.

Kemalangan di lombong haram di DRC adalah biasa berlaku dan selalunya berbahaya.

Pada Jun 2019, sekurang-kurangnya 39 lelaki maut apabila sebuah lombong tembaga di Kolwezi, di barat daya wilayah Katanga, separuh runtuh.

Bagaimanapun disebabkan banyak lombong sebegini adalah di kawasan terpencil, kemalangan tidak dilaporkan.

DRC memiliki rizab emas, kobalt, tembaga dan koltan yang banyak.

Ia merupakan pengeluar kobalt terbesar di dunia, penting bagi penghasilan bateri yang digunakan dalam telefon bimbit dan kenderaan elektrik.

Bahagian timur DRC yang kaya dengan bahan mineral namun tidak stabil kerap berdepan serangan militia dan kumpulan pemberontak yang beroperasi secara bebas di wilayah itu. — AFP

Advertisement