Anda di sini

Serena tarik diri dari kejohanan WTA

Advertisement
 Serena mendapatkan rawatan semasa beraksi menentang Azarenka dalam Kejohanan Terbuka AS di New York City. — Gambar AFP
CEDERA: Serena mendapatkan rawatan semasa beraksi menentang Azarenka dalam Kejohanan Terbuka AS di New York City. — Gambar AFP

MIAMI: Serena Williams menarik diri dari kejohanan WTA di permukaan tanah liat yang bermula pada Isnin di Rom kerana kecederaan kaki yang dialaminya ketika tewas pada perlawanan separuh akhir Terbuka Amerika (AS), menurut penganjur.

Williams, yang memburu kejuaraan Grand Slam ke-24 dalam kerjayanya, tewas kepada Victoria Azarenka dalam tiga set pada Khamis.

Bekas pemain nombor satu dunia dari AS itu yang juga juara empat kali di Rom, menyertai Bianca Andreescu dan Petra Kvitova yang tidak menyertai kejohanan persediaan untuk Terbuka Perancis ini, bermula pada 27 September depan.

“Saya dengan rasa kesal terpaksa menarik diri dari kejohanan BNL di Rom kerana kecederaan kaki,” kata Williams dalam satu kenyataan. “Saya sangat terharu dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh peminat saya di Rom dan saya tidak sabar untuk kembali lagi nanti.”

Williams mendapatkan rehat perubatan di tepi gelanggang pada perlawanan menentang Azarenka pada Sabtu. — AFP

Advertisement