Anda di sini

Messi beraksi penuh bersemangat di bawah Koeman

Advertisement
 Antara babak-babak aksi perlawanan persahabatan pramusim di antara Barcelona dan Gimnastic Tarragona di Stadium Johan Cruyff di Barcelona, Sepanyol. — Gambar AFP
RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan persahabatan pramusim di antara Barcelona dan Gimnastic Tarragona di Stadium Johan Cruyff di Barcelona, Sepanyol. — Gambar AFP

MADRID: Lionel Messi bermula dalam kesebelasan utama dan bermain selama 45 minit pada perlawanan persahabatan pramusim pertama Barcelona ketika jurulatih Ronald Koeman tidak mempunyai masalah menyesuaikan permainan dengan kehadiran Messi pada Sabtu.

Barca menewaskan kelab divisyen tiga, Gimnastic Tarragona 3-1, dengan Ousmane Dembele menjaringkan gol pembukaan pada penampilan pertama beliau sejak bulan November.

Antoine Griezmann dan Philippe Coutinho, yang juga kembali ke Barca selepas satu musim bermain di Bayern Munich untuk kontrak pinjaman, dan masing-masing menjaringkan hatrik di antara gol Javier Bonilla untuk Tarragona.

Tetapi kepulangan Messi di Stadium Johan Cruyff mungkin berita paling baik buat Koeman, yang membimbing perlawanan pertama beliau sejak dilantik sebagai jurulatih baharu kelab pada bulan lepas.

Messi juga mengetuai pasukan masuk ke dalam padang selepas Barcelona mengesahkan pada awal hari yang sama bahawa beliau akan terus menjadi kapten pasukan pada musim ini.

Kedua-dua pemain dan kelab kelihatan sudah bersatu, sekurang-kurangnya buat masa ini menjelang musim baharu La Liga Sepanyol yang bermula lewat bulan ini.

Selepas menyelar lembaga pengarah minggu lepas dan mengakui beliau dipaksa untuk terus kekal, Messi tiba pada hari Isnin untuk menjalani latihan pramusim dan berlatih gigih untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Koeman, dengan pasukan sudah menjalani latihan seminggu lebih awal.

Koeman pernah berkata pada bulan lepas bahawa beliau hanya mahukan pemain yang mahu berada di kelab tetapi memuji Messi pada Jumaat dengan menggelar beliau ‘yang terbaik’, dan menyokong kata-kata itu dengan menurunkan Messi dalam kesebelasan utama.

Messi bermain 45 m init pertama sebagai sebahagian dari pelan Koeman untuk menurunkan dua skuad berbeza pada setiap babak.

Namun, tiga jentera serangannya, Messi, Griezmann dan Dembele, kelihatan seperti jentera serangan utamanya, dengan Dembele membuat penampilan pertama sejak mengalami kecederaan sembilan bulan yang lalu.

Koeman juga menurunkan pemain muda dalam kesebelasan pertama – Carles Alena dan Pedri di bahagian tengah sementara Jordi Alba, Clement Lenglet, Gerard Pique dan Sergi Roberto membentuk benteng pertahanan, di hadapan penjaga gol Neto yang menggantikan Marc-Andre ter Stegen yang mengalami kecederaan.

Pemain baharu, Francisco Trincao, Coutinho, Frenkie de Jong dan Konrad de la Fuente, adalah antara pemain yang diturunkan dalam separuh masa kedua permainan.

Namun tiada tempat untuk Luis Suarez dan Arturo Vidal, dengan kedua-dua pemain diberitahu bahawa mereka boleh meninggalkan kelab.

Barca hanya akan bermain perlawanan pertama musim baharu La Liga selepas tiga perlawanan pertama, setelah diberikan rehat tambahan kerana penglibatan mereka dalam Liga Juara-Juara musim lepas.

Juara bertahan liga, Real Madrid, Atletico Madrid dan Sevilla, juga hanya akan bermain selepas pusingan pertama perlawanan.

Tetapi tujuh perlawanan dijadualkan hujung minggu lepas dengan perlawanan pertama menyaksikan Eibar dan Celta Vigo seri tanpa jaringan. — AFP

Advertisement