Anda di sini

Gempa bumi sederhana landa utara Sumatera pagi tadi

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 2.28 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 75 kilometer (km) timur dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 120km.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Advertisement