Anda di sini

EPL: Liverpool langkah kanan pada awal musim 20/21

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Leeds United di Anfield, Liverpool. — Gambar AFP
AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Leeds United di Anfield, Liverpool. — Gambar AFP

LONDON: Hatrik Mohamed Salah menyelamatkan Liverpool dari kekalahan pada hari pertama musim baharu Liga Perdana Inggeris 2020/2021 ketika juara bertahan itu menewaskan Leeds United 4-3 sementara Arsenal menang selesa ke atas sebuah lagi pendatang baharu liga, Fulham dengan kemenangan 3-0 pada Sabtu.

Hanya 48 hari selepas musim lepas berakhir, Liga Perdana kembali dengan ‘ledakan’ apabila Liverpool dan Leeds, yang kembali ke Liga Perdana selepas 16 tahun, berpesta gol.

Liverpool meraih kejuaraan liga yang pertama mereka sejak 30 tahun pada musim lepas tetapi mereka kelihatan seperti pasukan seperti ketika di awal kendalian Jurgen Klopp di Anfield ketika Leeds bangkit tiga kali dari ketinggalan.

Salah memperolehi satu tendangan penalti seawal minit keempat apabila rembatannya terkena lengan Robin Koch dan beliau sendiri menyempurnakan penalti untuk membuka jaringan.

Leeds bagaimanapun mengikat kedudukan pada minit ke-12 apabila pemain pinjaman dari Manchester City, Jack Harrison, melepasi kawalan Trent Alexander-Arnold sebelum mengumpan  bola kepada Joe Gomez untuk melakukan penyudah.

Virgil van Dijk meletakkan Liverpool kembali di hadapan minit kemudian dengan satu tandukan kencang dari tendangan sudut Andy Robertson.

Leeds mengikat kedudukan pada minit ke-30 apabila Patrick Bamford merembat menewaskan penjaga gol Alisson Becker.

Permainan kemudian menyaksikan  lebih banyak drama apabila Salah menjaringkan gol kedua peribadi tetapi Leeds mengikat kedudukan buat kali  ketiga apabila Mateusz Klich menyempurnakan hantaran Helder Costa.

Tetapi Liverpool menunggu sehingga minit ke-88 apabila pemain baharu Leeds, Rodrigo mengasari Fabinho dalam kotak penalti, membolehkan Salah melengkapkan hatrik dan gol  kemenangan Liverpool.

“Leeds adalah pasukan istimewa. Saya berkata mengenainya sebelum perlawanan dan dalam perlawanan, semua orang melihatnya” kata Klopp ketika memuji anak buah Marcelo Bielsa.

Di Craven Cottage, Arsenal bermula garang dengan permainan yakin yang menjadi kekuatan mereka sejak Mikel Arteta membimbing kelab.

Dua pemain baharu Newcastle United, memastikan mereka bermula dengan baik walaupun diselubungi ketidaktentuan di luar padang dalam beberapa bulan apabila menewaskan West Ham United 2-0 di tempat lawan.

Callum Wilsson menjaringkan gol pertama beliau bersama kelab pada awal separuh masa kedua sebelum Jeff Hendrick juga meraikan penampilan sulung bersama kelab dengan gol cantik untuk kemenangan bergaya.

Wilfried Zaha  menjaringkan gol tunggal ketika Crystal Palace menewaskan Southampton 1-0 di Selhurst Park. — AFP

Advertisement