Anda di sini

WARISAN batal keahlian Jake

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) bertindak membatalkan keahlian Ketua Bahagian WARISAN Keningau Datuk Jake Nointin selepas didapati bertanding sebagai calon Bebas menentang calon WARISAN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.

Setiausaha Agung WARISAN Datuk Loretto Padua berkata, tindakan sedemikian secara jelas melanggar perlembagaan parti iaitu Fasal 7(3) 3.4.

"Keahlian terhenti secara serta-merta apabila seseorang ahli itu bertanding dalam pilihan raya menentang calon parti tanpa kebenaran parti," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

JAKE

Sehubungan itu jelasnya, pemimpin atau ahli yang bertanding atas tiket parti lain atau sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah serta-merta dibatalkan.

Terdahulu pihaknya dimaklumkan semasa proses penamaan calon, Jake disahkan bertanding di kawasan DUN Liawan sebagai calon Bebas menentang calon WARISAN.

Menurutnya, selepas pencalonan beliau disahkan, keahliannya dalam WARISAN serta-merta dibatalkan.

Dalam pada itu, Loretto turut berbincang dengan Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Bahagian WARISAN Keningau Basal Bullah berhubung perkara ini.

Justeru katanya, kepimpinan parti mengamanahkan Basal sebagai Pemangku Ketua Bahagian WARISAN Keningau.

  • oleh
  • Advertisement