Anda di sini

SK Nanga Ibun, SK Temenggong Koh antara terjejas akibat banjir

Advertisement
Keadaan SK Nanga Ibun yang ditenggelami air setinggi lebih kurang lima kaki.
Keadaan SK Nanga Ibun yang ditenggelami air setinggi lebih kurang lima kaki. - Gambar ihsan JBPM

KAPIT: Banjir berlaku secara mendadak kira-kira jam 4 pagi Ahad menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ibun ditenggelami air lebih kurang lima kaki.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, ketika kejadian sekolah tidak beroperasi dan murid-murid sekolah balik ke kampung masing-masing sempena hujung minggu.

"Masih menunggu air surut untuk proses pembersihan. Banjir menyebabkan dewan makan, blok pentadbiran, blok pra sekolah ditenggalami air, bangunan lain tidak terjejas. Paras air lebih kurang lima kaki," jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan SK Temenggong Koh dinaiki air 2.5 meter. - Gambar ihsan JBPM
Keadaan SK Temenggong Koh dinaiki air 2.5 meter. - Gambar ihsan JBPM

Manakala, SK Temenggong Koh dinaiki air 2.5 meter dan trend air semakin naik. Semua murid asrama telah balik kampung hujung minggu.

Bomba turut melakukan pemantauan banjir di Kampung Baru, Kapit dinaiki 0.7 meter, Kampung Muhibbah (0.1 meter) dan Rumah John Ramba (0.3 meter) dengan laluan masuk terputus paras air 1.7 meter.

Anggota bomba memantau paras air di dermaga
Anggota bomba memantau paras air di dermaga. - Gambar ihsan JBPM

Di dermaga Terminal Penumpang Song, semasa pemantauan dijalankan, didapati keadaan paras air 9.9 meter.

Setakat ini belum ada pusat pemindahan dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Keadaan cuaca semasa rondaan cerah dan panas. Pemantauan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Advertisement