Anda di sini

19 pasukan buru kejuaraan sepak takraw

Advertisement
 Awang Ibrahim (depan empat kiri), Emran (dua kiri) bersama penganjur dan peserta kejohanan semalam.
BURU GELARAN JUARA: Awang Ibrahim (depan empat kiri), Emran (dua kiri) bersama penganjur dan peserta kejohanan semalam.

LAWAS: Sebanyak 19 pasukan mengibar cabaran memburu mahkota kejuaraan pada Kejohanan Sepak Takraw Kampung Awat-awat bermula semalam hingga 16 September ini.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Biro Sukan Kelab Sri Murni Studio (SMS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)  Kampung Awat-awat.

Penasihat Kelab SMS Lawas, Awang @ Ibrahim Ahmad berkata kelab itu bukan hanya aktif program nyanyian sebaliknya turut terlibat dalam keagamaan, sukan dan kemasyarakatan.

“Kejayaan penganjuran program ini sebagai titik tolak mengetengahkan generasi muda dalam menganjurkan aktiviti peringkat kampung,” katanya di sini semalam.

Pertandingan akhir akan dilangsung pada 16 September ini dan bakal dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Hadir sama Pengerusi KRT Awat-awat, Mohd Zulfaizal Abdullah, Pengerusi Kelab SMS Lawas, Awang Emran Damit dan ahli jawatankuasa KRT Kampung Awat-awat.

Turut diadakan kempen promosi insuran daripada Agro Bank Lawas.

Advertisement