Anda di sini

Semua daerah di Sarawak berada dalam status Hijau

Advertisement
Pemandangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dari atas - Gambar fail Bernama
Pemandangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dari atas - Gambar fail Bernama

KUCHING: Daerah Kuching bertukar status daripada Kuning kepada Hijau hari ini selepas tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini menjadikan semua daerah di Sarawak atau seluruh negeri telah berada dalam status Hijau.

“Hari ini tiada kes positif baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kekal sebanyak 700 kes,” katanya menerusi kenyataan Jawatankuasa itu hari ini.

Menurut JPBNS, kluster COVID-19 yang masih aktif ialah Kluster Alam di Bintulu dengan jumlah kes kekal seramai lapan orang.

“Tujuh orang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital manakala satu kes masih mendapatkan rawatan di Hospital Bintulu,” katanya. 

Dalam pada itu, jawatankuasa turut memaklumkan terdapat terdapat satu kes baru yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Bintulu hari ini. 

Jelasnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini meningkat seramai 678 orang atau 96.86 peratus

“Seramai tiga orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital. Seorang kes sedang di rawat di Hospital Bintulu, seorang di Hospital Sibu dan seorang  di Hospital Miri.
  
“Jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.71 peratus dan hari ini sebanyak 28 orang disyaki (PUI) baru dilaporkan dengan lima  kes PUI masih menunggu ujian makmal,” katanya.

Pada hari ini juga, kata JPBNS, seramai 57 orang dibawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 11 buah hotel adalah seramai 695 orang manakala seramai 23,785 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin.

  • oleh
  • Advertisement