Anda di sini

Jumat yakin mampu tewaskan lima pencabar lain di DUN Darau

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris (BN-UMNO) akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau berhadapan dengan lima calon yang lain.

Calon lain terdiri daripada Ansari Abdullah (PCS), Azhar Matussin (WARISAN) yang sebelum ini adalah penyandang DUN Karambunai, Sumali @ Marino Ahmad (LDP), Laliman Kemad @ Laliman Ahmad (USNO) dan Dasim @ Ricky Jikah (PGRS).

JUMAT
JUMAT

Menurut Pegawai Pengurus Awang Damit Surat, Azhar adalah calon pertama menghantar borang pencalonan pada jam 9.02 pagi, diikuti Sumali, Ansari, Laliman, Jumat dan calon terakhir iaitu Dasim yang menghantar borang pada jam 9.50 pagi.

Beliau turut menjelaskan semua calon berkenaan layak untuk bertanding di DUN Darau yang merupakan salah satu kerusi baharu daripada 13 kerusi.

Sementara itu, Jumat ketika ditemui berkata ia merupakan percubaan kali kedua dalam arena politik selepas bertanding pada kali pertama di Pilihan Raya Umum 2013. Ia juga adalah permintaan daripada UMNO yang mahukan beliau bertanding di kerusi baharu itu.

ANSARI
ANSARI

"Ini adalah kali pertama saya bertanding DUN dan akan berusaha sedaya upaya untuk menang pada kerusi ini," katanya.

Sementara itu, Ansari berkata, PCS sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan berlaku dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.

"Saya tidak mengira kali ini kali ke berapa saya bertanding, tapi untuk kerusi DUN saya pernah bertanding pada 2008 menerusi PKR," katanya.

  • oleh
  • Advertisement