Anda di sini

Dua calon Bebas, empat wanita antara bertanding di Putatan

Advertisement
 Calon N24 Tanjung Keramat (dari kiri ke kanan) Faezahwaty (LDP), Mohd Salleh (USNO), Ira Elza (PCS), Shahelmy (BN) dan Rosaday dari WARISAN Plus (AMANAH).
TANJUNG KERAMAT: Calon N24 Tanjung Keramat (dari kiri ke kanan) Faezahwaty (LDP), Mohd Salleh (USNO), Ira Elza (PCS), Shahelmy (BN) dan Rosaday dari WARISAN Plus (AMANAH).

PUTATAN: Empat calon wanita dan dua calon Bebas akan turut berentap dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 untuk tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Kawasan pemilihan di N24 Tanjung Keramat yang berlangsung di Dewan Projek Perumahan Rakyat Sri Keramat melibatkan pertandingan lima penjuru dengan dua daripadanya adalah calon wanita.

Calon wanita berkenaan ialah wakil Parti Liberal Demokratik (LDP) Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu, 39, yang juga seorang peguam menyerahkan kertas penamaan calonnya pada jam 9.10 pagi dan diikuti oleh calon termuda dari Parti Cinta Sabah (PCS) iaitu Ira Elza Uzair Yahaya, 37, yang menyerahkan kertas penamaan calon pada jam 9.21 pagi.

 Ahmad Farid dari PCS, Datuk Awang Ahmad Sah dari Warisan Plus, Jecky Lettong dari LDP, Mohamad Kulat dari PGRS, Paulis (Bebas) dan Datuk Dr Arsit Sedi dari Perikatan Nasional (BERSATU).
PETAGAS: Penamaan calon N23 Petagas dilancarkan pada jam 11.45 pagi. Mereka (dari kiri ke kanan): Ahmad Farid dari PCS, Datuk Awang Ahmad Sah dari Warisan Plus, Jecky Lettong dari LDP, Mohamad Kulat dari PGRS, Paulis (Bebas) dan Datuk Dr Arsit Sedi dari Perikatan Nasional (BERSATU).

Mewakili parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Mohd Salleh Lamsin, 66, yang juga seorang mantan Peguam Kanan Negeri Sabah dan mantan Pengarah Syarikat Sitt Tatt, menyerahkan kertas penamaan calon pada jam 9.02 pagi.

Mewakili parti Barisan Nasional (BN) Ir Shahelmey Yahya, 47, seorang jurutera, menyerahkan kertas penamaan calon pada jam 9.05 pagi diikuti dengan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertanding di bawah logo WARISAN ialah Rosday @ Rosdy Wasli, telah menyerahkan kertas penamaan calon pada jam 9.08 pagi.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di DUN N24 Tanjung Keramat ialah Brenda Melonie Johnny Takom.

Sementara itu di pusat penamaan calon Dewan Masyarakat Sri Putatan untuk kawasan N23 Petagas akan menyaksikan perlawanan enam penjuru.

Mereka yang bertanding merebut kerusi itu ialah Ahmad Farid Sainuri, 31, (PCS), Datuk Awang Ahmad Sah, 61, (WARISAN), Jecky Lettong @Thaddeus Jack, 56, (LDP), Mohamad Kulat, 60, (Parti Gagasan Rakyat Sabah, PGRS), Paulis Nointien, 63 (bebas), dan Datuk Seri Dr Arsit Sedi @Sidik, 67, (Parti Pribumi Bersatu Malaysia - BERSATU).

Bagi kawasan N22 Tanjung Aru pula, di pusat penamaan calon Dewan Jabatan Kerja Raya Sembulan Kota Kinabalu, lapan orang calon dengan dua daripadanya adalah calon wanita akan bertanding merebut kerusi di kawasan itu.

Calon wanita ialah Rizawani Fiona Heng (PGRS) dan satu wakil Bebas Jan Chow Yee Fan manakala selebihnya ialah Datuk Junz Wong (WARISAN), Datuk Edward Yong Oui Fah (PBS), Mohd Reduan Datuk Aklee (BN), Noran Addy Sukiran (PCS), Shaffic Risaib Shah (USNO), dan Datuk Ibrahim Mohd Laiman Diki (LDP).

Tiada kertas penamaan calon yang ditolak di kawasan Tanjung Keramat dan Tanjung Aru kecuali di Petagas yang melibatkan seorang calon USNO Jivol @ Edmund Doudlin, 62.

 Calon N22 Tanjung Aru (dari kiri ke kanan) Mohd Reduan (BN), Junz (WARISAN), Rizawani (PGRS), Noran (PCS), Shaffic (USNO), Ibrahim (LDP), Jan (Bebas) dan Edward (PBS).
TANJUNG ARU: Calon N22 Tanjung Aru (dari kiri ke kanan) Mohd Reduan (BN), Junz (WARISAN), Rizawani (PGRS), Noran (PCS), Shaffic (USNO), Ibrahim (LDP), Jan (Bebas) dan Edward (PBS).

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Shah Tan Sri Datuk Haji Mohd Sunoh, penolakan berkenaan adalah disebabkan statusnya yang muflis.

Bagaimanapun, Ahmad Shah berkata bahawa Jivol dapat mengajukan petisyen bahawa dia tidak (muflis) dan mungkin dapat bertanding dalam pilihan raya berikutnya.

Penyerahan kertas penamaan calon kepada pegawai SPR yang bertugas dilakukan pada jam 9 pagi dan tutup pada 10 pagi.

Proses penamaan calon di ketiga-tiga kawasan DUN dianggarkan selesai sekitar 11.15 pagi sehingga 12 tengah hari tadi (Sabtu).

  • oleh
  • Advertisement