Anda di sini

Diharapkan perbelanjaan besar berbaloi

Advertisement
LAMPARD
LAMPARD

LONDON: Pengurus Chelsea, Frank Lampard, menegaskan beliau boleh menangani tekanan untuk memberikan saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas berbelanja sekitar 200 juta euro.

Lampard berbelanja lebih banyak dari mana-mana pengurus kelab dalam Liga  Perdana sejak akhir musim lepas ketika beliau berharap untuk merapatkan jurang dengan juara bertahan, Liverpool.

Chelsea menamatkan saingan musim lepas dengan ketinggalan 33 mata di belakang Liverpool di tangga keempat.

Mereka dijangka lebih kuat musim ini dengan pembelian Timo Werner, Kai Havertz, Ben Chilwell, Hakim Ziyech dam Thiago Silva, dengan beberapa pengulas bola sepak membayangkan mereka akan merampas kejuaraan liga dari Liverpool.

Ketika Lampard mengharungi kerjaya sebagai pemain dengan cemerlang sebagai pemain Chelsea, pengurus berusia 42 tahun itu hanya pada tahun kedua beliau sebagai pengurus di Chelsea dan tidak pernah mempunyai jangkaan yang tinggi seperti ini.

Namun Lampard, dengan pasukannya akan memulakan musim baharu Liga Perdana dengan perlawanan di Brighton pada hari Isnin, percaya mana-mana pengurus Chelsea akan sentiasa berasa tertekan untuk memenangi kejuaraan berdasarkan status kelab itu.

Menerima peningkatan tuntutan untuk memenangi kejuaraan, beliau memberitahu wartawan: “Tekanannya ialah untuk meningkatkan standard di sini. Ia datang dengan tanggungjawab tugas di sini.

“Orang boleh bercakap tentang sama ada kami mencabar atau tidak. Jangkaan akan sentiasa anda dan saya berkembang maju dengan tekanan. Saya datang ke sini untuk cuba menang.”

Perbelanjaan Chelsea mengimbau kembali hari-hari di awal kehadiran pemilik kelab, Roman Abramovich, apabila berbelanja berjuta-juta pound untuk menjadikan Chelsea kuasa bola sepak Inggeris.

Namun pengurus Chelsea, Jurgen Klopp mempersoalkan sama ada Chelsea akan dapat menyatukan semua buka baharu menjadi satu pasukan yang baik.

Merujuk kepada kemampuan Chelsea untuk menyerlah, Lampard berkata: “Kami ketinggalan begitu jauh dari segi mata pada dua musim terakhir, jadi kami harus merapatkan jurang dan membina keyakinan.

“Saya tidak mahu bercakap tentang kami mahu membuktikan sesuatu. Kami seharusnya teruja tetapi juga berhati-hati tentang bekerja dengan pemain baharu dan tugas saya ialah untuk menyesuaikan mereka dengan pasukan secepat mungkin.

“Malangnya, ada masalah dalam pramusim dan apabila anda membawa masuk pemain baharu, anda harus bekerja keras dengan segera. Kami akan melakukannya.”

Perbelanjaan Lampard mungkin masih belum berakhir dengan kelab Perancis, Rennes, mengesahkan Chelsea ada bertanya untuk mendapatkan penjaga gol mereka, Edouard Mendy untuk bersaing dengan Kepa Arrizabalaga.

Lampard tidak akan dapat menurunkan semua pemain baharu beliau pada perlawanan di Stadium Amex Isnin ini selepas Ziyech dan Chilwell mengalami kecederaan.

Silva masih belum berlatih dengan Chelsea selepas diberikan rehat tambahan setelah bermain bersama Paris Saint Germain (PSG) di final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada lewat bulan Ogos.

“Thiago Silva sudah berada di London tetapi belum berlatih bersama kami sehingga hujung minggu ini, jadi saya ragu beliau akan terlibat di Brighton,” kata Lampard.

Satu berita baik buat Lampard ialah beliau menjangkakan Christian Pulisic dan Cesar Azpilicueta akan diturunkan. — AFP

Advertisement