Anda di sini

Dadah bernilai RM2 juta dalam bagasi tak dituntut

Advertisement
Kombinasi gambar dadah yang dijumpai dalam bagasi tak dituntut di Lapangan Terbang Sibu.
Kombinasi gambar dadah yang dijumpai dalam bagasi tak dituntut di Lapangan Terbang Sibu.

KUCHING: Dadah jenis Methamphetamine bernilai RM2 juta ditemui pegawai kastam dalam dua kotak dan satu bagasi di tempat menuntut bagasi di Lapangan Terbang Sibu pada tengahari Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata 20 bungkus dengan berat 20 kilogram Methamphetamine dijumpai pegawai kastam Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Sibu setelah mengimbas bagasi penumpang tidak dituntut.

“Modus operandi ialah memasuki Sibu menggunakan penerbangan domestik dari Kuala Lumpur manakala bahan kristal disyaki dadah berbahaya dibaluti dengan ‘airtight plastic’ dengan tujuan mengelirukan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, bungkusan tersebut dibalut dengan pembalut plastik dipercayai bagi mengelirukan pegawai bertugas. 

JKDM melakukan siasatan lanjut bagi mengesan orang disyaki. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement