Anda di sini

10 penjuru di Inanam termasuk Chong Kah Kiat

Advertisement
 Calon-calon yang bertanding di DUN N18 Inanam bersama pegawai-pegawai SPR selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Manggatal.
CALON INANAM: Calon-calon yang bertanding di DUN N18 Inanam bersama pegawai-pegawai SPR selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Manggatal.

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N18 Inanam melibatkan pertandingan 10 penjuru.

Calonnya termasuk bekas Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat yang membuat penampilan semula atas tiket LDP yang dipeloporinya di mana  beliau kini adalah penasihatnya.

Mantan ADUN kawasan itu Kenny Chua yang menang atas tiket PKR pada PRN lalu tetapi kemudiannnya meninggalkan parti berkenaan, turut mencalonkan diri atas tiket Bebas.

PKR mencalonkan muka baharu Peto Galim, anak jati Inanam dari Kg. Tombongon.

Calon lain terdiri daripada Datuk William Majimbun (PBS), Francis Goh (PGRS), Md Hardy Abdullah @ Zoro Yukon (USNO), Terence Tsen (PAN), George Ngui (Bebas), Achmed Noor Asyrul (Bebas) dan calon tunggal wanita Regina Lim (PCS).

Kecuali Terence yang bertanding buat kali kedua, semua calon lain adalah muka baharu untuk DUN Inanam.

Pada PRN lalu, Kenny yang bertanding atas tiket PKR menang dengan majoriti 7,783 undi sekepas meraih 13,633 undi dalam pertandingan enam penjuru.

  • oleh
  • Advertisement