Anda di sini

Tarikh akhir cara anjur Tokyo 2021 belum dimuktamad

Advertisement
 Bach mengadakan sidang media selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat IOC di Lausanne. — Gambar AFP
BINCANG: Bach mengadakan sidang media selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat IOC di Lausanne. — Gambar AFP

LAUSANNE: Ia terlalu awal untuk menetapkan tarik akhir tentang bagaimana seharusnya penganjuran Sukan Olimpik Tokyo tertangguh pada tahun hadapan, menurut presiden badan induk Olimpik (IOC), Thomas Bach pada Rabu, sambil menambah perkembangan untuk ujian pantas COVID-19 dan vaksin sememangnya akan membantu Sukan Olimpik melangkah ke hadapan.

“Kami tidak tahu apa situasinya pada tahun hadapan, ia terlalu awal untuk menetapkan tarikh akhir,” kata Bach selepas satu mesyuarat lembaga eksekutif IOC, yang diterajuinya.

“Kami tidak tahu bagaimana rupa dunia di masa hadapan, bagaimana anda boleh menjangkakan kami tahu bagaimana keadaan dunia dalam tempoh setahun?”

Sukan Olimpik 2020 telah ditangguhkan dalam satu keputusan bersejarah pada awal tahun ini kerana pandemik COVID-19, dan ia sekarang akan dianjurkan bermula pada 23 Julai 2021.

“Dalam beberapa minggu akan datang, kita akan melihat perbincangan penting dan intensif berlaku berkaitan dengan beberapa senario berbeza melibatkan langkah menangani COVID-19,” kata Bach.

“Secara keseluruhannya, kami akan terus mengikuti prinsip yang telah menghasilkan semua keputusan kami setakat ini berkaitan dengan Sukan Olimpik Tokyo dan juga ia bermakna untuk menganjurkan kejohanan dalam persekitaran yang selamat untuk semua yang terlibat pada tahun hadapan.”

Pasukan bertindak IOC, kata Bach, membuat persediaan untuk pelbagai senario.

“Ia bukan mudah tetapi sudah pasti penjarakan sosial dalam pertimbangan,” kata beliau.

“Kami memantau rapat apa yang berlaku dengan perkembangan ujian pantas dan pembangunan vaksin kerana ia juga boleh memberi kesan dan kemudian ia boleh membantu persediaan.

“Ia terlalu awal untuk memberi jawapan jelas kepada apa senario dan pendekatan akhir.”

Bach menambah bahawa pasukan bertindak telah memantau rapat kejohanan besar lain di seluruh dunia untuk melihat bagaimana ia dianjurkan.

Perhubungan telah dibuat “untuk bertukar maklumat dan belajar dan ia akan diteruskan”.

Namun Bach menegaskan beliau memikirkan “kita boleh berasa agak yakin”.

“Menurut kepada maklumat kami dan perbincangan dengan pakar, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan juga syarikat farmaseutikal dan apa yang kami lihat dalam pasaran, kita akan melihat perkembangan penting  sebagai contoh ujian pantas, yang akan memberi pengaruh besar kepada perancangan dan senario.

“Kami juga diberitahu tentang berita menggalakkan mengenai pembangunan vaksin dan ia juga memainkan peranan.”

Bach turut menolak komen oleh John Coates, Pesuruhjaya Penyelarasan IOC untuk Sukan Olimpik Tokyo di mana Sukan Olimpik akan diteruskan “dengan atau tanpa COVID”.

“Coates, seperti keseluruhan IOC, memberikan komitmen sepenuhnya kepada prinsip yang kami sentiasa guna pakai: Sukan Olimpik dalam persekitaran selamat untuk semua yang terlibat,” kata Bach. — AFP

Advertisement